Thursday, December 1, 2011

Jawatankuasa KRT Zon-H

salam,

Kepada warga C7 berumur 21 tahun ke atas yang berminat membarisi Jawatankuasa Rukun Tetangga Zon-H bagi sesi 2012 -2013, tuan/puan boleh hubungi:

i-Tn.Hj Khalid 012-387 6689
ii- En. Radzi Manap 017-637 6630
iii-En. Shaifol Azmi Osman 013-365 7720

sebelum atau pada 15-Dis-2011. Senarai nama akan dihantar ke Pejabat Perpaduan Daerah terlebih dahulu sebelum pengesahan dibuat. Lantikan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975) (P.U. (A) 279/75).

Kami amat mengalu-alukan penglibatan dari kaum Cina dan India serta golongan wanita.


Faedah??? Berkhidmat untuk masyarakat aje .. Skim Takaful Kemalangan Diri pun ada.

Tuesday, November 29, 2011

Sampah oh Sampah

Salam,

Hampir dua bulan blog PPC7 ini tidak dikemas-kinikan disebabkan oleh kesibukan pihak sekretariat PPC7. InsyaAllah beberapa pengumuman serta lain-lain berita/peristiwa akan dikongsi tidak lama lagi.

Apa yang lebih penting hari ini bagi PPC7 adalah untuk menyelesaikan masalah

i) sampah-sarap yang sudah satu minggu tidak dikutip
ii)
penyelenggaraan padang-padang di kawasan C7.

Pihak PPC7 telah mene
rima banyak aduan mengenai sampah dari warga C7 dan ketika ini kami masih menunggu penjelasan dari pihak MPSp berkaitan masalah ini.

Sekiranya pihak PPC7 menerima penjelasan dari MPSp, kami akan kongsi bersama dengan warga C7 agar kita
semua dapat memahami permasalahan yang dihadapi oleh pihak majlis disamping itu kita juga dapat dapat mengambil langkah sewajar didalam mengurus sampah-sarap masing-masing.

Pihak PPC7 bukannya ingin bertoleransi di dalam soal ini tetapi memandangkan isu sampah ini baru sahaja timbul (kalau tidak silap kali terakhir kita hadapi masalah ini adalah pada tahun 2003), jadi lebih eloklah kita bagi peluang MPSp menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu. Tambahan pula rasanya masalah sampah yang kita hadapi ini ada hubung kait dengan polisi atau kontrak kerajaan Selangor dengan Alam Flora. Rujuk di bawah




The STAR 21-Oct-2011


Malaysian Insider July 2011


Untuk cerita yang lebih menarik lagi, boleh klik sini

Jadi kepada warga C7 yang ingin membuat aduan kepada MPSp, boleh hubungi pihak MPSp di Cyberjaya (bukannya pejabat yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam tu). Aduan juga boleh dibuat secara online di alamat http://ekl.mpsepang.gov.my/sso/

Para suri rumah, buat seketika bolehlah berjinak-jinak dengan makhluk ni:

Heh heh.. aku akan merayap ke segenap dapur mahupun bilik tidur anda

Saturday, September 10, 2011

Peluang Pekerjaan

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Untuk para belia yang sedang mencari pekerjaan. sebanyak 300 peluang pekerjaan kini terdapat di KLIA.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Khairunnisa dari syarikat Rafflescare Sdn Bhd di talian 012-6065004 atau 03-40426660 ext 307

Sumber diperolehi dari Pejabat Belia Daerah Sepang

Wednesday, September 7, 2011

Sambutan Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, Sukacita dimaklumkan bahawa PPC7 menjemput semua warga C7 ke Majlis Sambutan Aidilfitri PPC7

pada 24 September 2011 (Sabtu) bersamaan dengan 26 Syawal 1432 Hijrah

bermula jam 8 .30 malam sehingga1200 malam
bertempat di Padang Jalan 7/8 & 7/9

seperti biasa jamuan berkonsepkan '
pot-luck'

Antara menu yang disediakan oleh persatuan ialah Nasi Impit, Kuah kacang, Lemang, Rendang, Bihun Sup, Ais Kerim beserta minuman disediakan.

Untuk adik-adik duit raya disediakan.. untuk abang-abang & kakak-kakak karaoke raya akan diadakan

Kedatangan mereka yang baru menjadi warga C7 amat dialu-alukan agar silaturrahim dapat dijalin.

Jumpa pada 24 September nanti.


p/s: Kepada sesiapa yang tak tahu Jalan 7/8 & 7/9 boleh reece sekarang takut tersosek sampai ko Cyberjayo

Monday, September 5, 2011

Laluan Utama C7

Di dalam memastikan keberkesanan kawalan keselamatan terutamanya keluar/masuknya kenderaan ke C7, Biro Keselamatan telah memutuskan laluan keluar di pintu masuk utama hanya akan dibuka pada waktu puncak sahaja.

Masa laluan ini di buka setiap hari (kecuali Jumaat) dari



i) Jam 0500 pagi - 0900 pagi

ii) Jam 0500 petang - 1000 malam

Pada hari Jumaat, laluan juga di buka dari jam
1230 tghari - 230 petang

Sehubungan dengan itu, pihak PPC7 juga menyarankan agar penghuni C7 berhemah ketika memandu di C7 terutamanya pada waktu luar waktu puncak & dapat membeli sticker kenderaan (termasuk motorsikal) yang baru bagi memudahkan pengawal keselamatan memantau kenderaan luar.

Sticker boleh di dapati di pondok pengawal dengan harga RM3.00 sahaja.


p/s: Elok sangat dikuat kuasakan sticker baru ni memandangkan makin banyak kenderaan berpelekat C7 di luar sana; ada di Ruvenna, Rista, Jalan 3 malahan ada khabar terdapat juga di used car Pasir Puteh, Kelantan.

UPSR 2011


Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1Malaysia

Selamat menduduki peperiksaan UPSR diucapkan kepada semua pelajar tahun 6 sekolah rendah amnya penghuni C7. Peperiksaan akan bermula pada 13 - 15hb September 2011.

Semoga adik-adik semua dapat menjawab soalan dengan baik seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan dapat melangkah ke Sekolah Berasrama Penuh.

Kepada ibu-bapa, Garis panduan / Arahan am peperiksaan serta jadual lengkap peperiksaan boleh di muat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti berikut:

www.moe.gov.my/lp/files/upsr/2011/JWUPSR2011_21022011.pdf

p/s: Ibu-ibu & bapa-bapa juga jangan pula lupa jalani 'peperiksaan kesihatan', pastikan kandungan gula, kolestrol dsb dalam keadaan baik memandangkan banyak sangat open house sekarang ni.



Salam Aidilfitri


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Dengan perasaan rendah dirinya,

Pihak Jawatankuasa PPC7 & KRT Zon-H ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

&

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54

Kepada semua warga C7

Ampun dan maaf dipohon sekiranya terdapat cacat & cela

di sepanjang pengurusan kami.




Tuesday, June 28, 2011

KRT Zon H Juara Boling Daerah Sepang, Piala Dato' Marsum...Syabas!

Syabas diucapkan kepada pemain boling KRT Zon H yang telah mengharumkan nama KRT Zon H dan PPC7 apabila menjuarai Pertandingan Boling Antara KRT Daerah Sepang Piala Dato' Marsum Paing di Alamanda pada 18 Jun 2011 yang lepas....
Ketua Kontinjen Hj. Khalid menerima piala dari Dato' Marsum


Inilah the 'Dream Team' KRT Zon H kita....




Turut hadir En. Shaifol, Bendahari KRT selaku 'Pengurus' Pasukan

KRT Zon H Juara Boling KRT Daerah Sepang 2011 !

Jun 18 2011 - Alamanda, Putrajaya : Kumpulan 4 pemain bowling KRT Zon H / PPC7 telah berjaya mengondoli Piala Pusingan Boling KRT Sepang, Piala Dato' Marsum Paing buat julung kalinya. Syabas!

Thank You to All !

Thank You to all involved in making Karnival Perpaduan Daerah Sepang 2011 a success!

Terima Kasih-Shukran-Xie Xie-Thank You-Wliwni ni-Wliwni-Oliwni-Mantiox chawe-Maketai-Yuuminsame-Wapsaw-Thawerapsaw-Gadda ge-Dankie-Baie dankie-Ntyox teru'-Seé-Tsin'aen-Iyayraykere-Hioy'oy-Gui lah hui te ha-Gui lah hui mi a de-Gui lah hui dui-dui ma-Ghu long khu me-ah-Gu lah hu ma de -Saeamat kimo-Alíila-Kano-Kanobi-Tá-Alíilamoolo-Kanoomoolo-Kanopalammoolo-Ju falem nderit-Faleminderit-Faleminderit shumë-Bïyan bolzïn-Ondapandula unene-Amesegënallô-Amesegunalhun-Betam amesegënallô-Quialva'-Ashoge-Áshood-Ihe edn-Ahíyi'ee
Mvto-Ahoo-Ahó-Ahókacira-Shukran-Shukran gazilan-Mamnuun-SaHHa-El-hamdullah-Barak llahu fik-Grazias-Shnorhagallem-Shterakravetsun-Shenorhagal em-Shad shenorhagal em-Sh'norhakal em-Shnorhakalutjun-Merci-Multsãnjescu-Meda w'asé-Meda wo ase-Meda wo ase paa paa paa-Basima-Basimta-Basimeh-Mesi-Hawit basima chim raba-Taudi-Gracies-Muhuway su-Mhuway su'-Mhuway su' balay-HwayEyalama-Juspajaraña

Monday, June 27, 2011

A BIG THANK YOU!

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan KARNIVAL PERPADUAN DAERAH SEPANG 2011 pada 25-26 Jun 2011 bertempat di Padang Jalan 8, Taman Putra Perdana.

Beberapa kejutan/fakta menarik sempena Karnival Perpaduan :

Tahukah anda?

1. Pengarah Karnival Perpaduan Tn. Hj. Halal dimasukkan ke hospital sehari sebelum
berlangsungnya Karnival.
2. En. Shaifol (Bendahari KRT) dan isteri telah dikurniakan cahayamata keempat pada
hari berlansungnya Karnival Perpaduan.
3. Beberapa acara dalam perancangan asal Karnival terpaksa digugurkan.
4. Ada beberapa peserta Kayuhan Perpaduan yang lengkap berpakaian berbasikal
sebenarnya tidak berbasikal pada hari tersebut.
5. Publisiti mengenai Karnival Perpaduan disiarkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini
(TV3)pada 27 Jun 2011.

Sunday, May 15, 2011

KARNIVAL PERPADUAN 2011




KARNIVAL PERPADUAN 2011 bakal mencatat sejarah sebagai event terbesar dan termeriah KRT ZON H dan PPC7 pernah laksanakan. Pelbagai aktiviti yang pastinya menarik dan bersesuaian akan diadakan sepanjang 2 hari karnival ini dilangsungkan. Oleh itu pastikan 25 dan 26 Jun 2011 anda dikhaskan untuk acara ini. Semoga akan mendapat sambutan hangat! Nantikan berita terkini dari masa ke semasa di blog ini...

Antara Aktiviti Menarik :

Pameran Pasukan K9 (Unit Anjing)PDRM
Pameran Nakortik PDRM
Rakan COP PDRM
Live band and local artists performances
Live coverage by Klasik Nasional
Ala-uptown stalls
Pameran kesihatan
Lucky draw
Dikir Barat
Booth Pameran KRT Puchong (14 Zon KRT)
dan banyak lagi.....

Acara tambahan :(as of 27 Mei 2011)

Kayuhan Perpaduan (Acara berbasikal secara konvoi anjuran bersama PP Cyclists. Kalau nak daftar sila ke facebook PP Cyclists. Penyertaan terhad kepada 100 sahaja)

Pertandingan Gubahan dan Memasak antara KRT (15 KRT terlibat termasuk La Cottage)

Jabatan Pendaftaran akan hantar Mobile Unit untuk urusan Pendaftaran

SPRM akan buka booth untuk urusan semakan pemilih dan segala berkaitan dengannya.

Pertandingan Karaoke terbuka kepada hadirin

post ini kakan dikemaskini lagi.....tunggu

Monday, May 2, 2011

Kejohanan Boling Tertutup PPC7 :Tahniah dan Syabas

KEPUTUSAN RASMI :
TARIKH : 1 MEI 2011
LOKASI : AMPANG BOWL, IOI PUCHONG
JUMLAH TEAM : 19
ANJURAN : PPC7 DAN KRT ZON H
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan acara ini! Fantastico!

PEMENANG KATEGORI KUMPULAN :

JOHAN : HORIZONTAL (1120 PIN)
NAIB JOHAN : VERTICAL (1119 PIN)
KETIGA : ORION (1068 PIN)

12 TERBAIK INDIVIDU
1. MOHD ALADIB 325 PIN
2. ZULKIPLI 314
3. ZULKARNAIN 308
4. ARMED 305
4. ANO 305
6. SHIKIN 302
7. MANN 297
8. AZIZ MOHAMAD 296
9. NORASLINA 294
10.FADZALI 291
11.ZULHAFIZIE 284
12.ZAINUDIN 278

Tuesday, April 26, 2011

Kejohanan Boling Tertutup KRT Zon H (Cluster 7, 8 dan9)

1 TEAM : FAST & FURIOUS Contact No :
1. HJ. KHALID
2. RADZI 0176376630
3. ZAINUDIN
4. ALI
FEES : PAID

2 TEAM : HORIZONTAL Contact No :
1. ISSAM
2. FAKHRUL
3. MANN
4. ARMED
FEES : PAID

3 TEAM : VERTICAL Contact No :
1. FADZALI
2. EDDY
3. AMIR
4. ANO
FEES : PAID

4 TEAM : EXTREME Contact No :
1. SAAHARI
2. EKA
3. SHAFIE
4. AMIN
FEES : PAID

Thursday, April 14, 2011

Taman Putra Perdana / Cluster 7 : Mawar Pudar Warna?

Sekitar kawasan Cluster 7 yang umpama mawar pudar warna dek kealpaan pihak berwajib menjalankan kewajipan masing-masing.
Ada pekerja yang mengambil jalan pintas membakar sampah yang terkumpul. Bukankah ini dikategorikan sebagai pembakaran terbuka dan pihak yang melakukannya boleh diambil tindakan? (Gambar diambil betul-betul semasa pekerja sedang menjalankan operasi)

Macam kawasan tinggal. Kalau dikatakan 'lombong tinggal' pun tak salah. Longgokan macam ini sudah menjadi fonemena biasa kebelakangan ini disebabkan pihak tertentu yang tidak menjalankan tugas. Harap pihak Majlis buka mata sikit.
Longgok lagi!
Longgok dan bakar! bako!
Dah berapa minggu agaknya longokan ni....
Macam ni punya besar longgokan pun kontraktor tak nampak ke?
Tumbuh atas timbunan terdahulu..
Rumput pun dah macam Amazon..... Gambar-gambar diambil pada 14/4/2011 sekitar Cluster 7 jam 2 - 3 petang. Gambar tersiar adalah hanya sebahagian dari puluhan gambar yang diambil dan tidak termasuk gambar-gambar lain sekitar kawasan kedai Jalan 5. Kesimpulannya, bukan kawasan kita ni saja yang kurang terjaga malah nampaknya sudah jadi satu masalah menyeluruh di TPP. Tindakan cepat perlu diambil...

Sementara itu, marilah sama-sama kita mengambil initiatif sendiri untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah kita bagi menjaga kebersihan. Elakkan dari timbul masalah lain pula nanti...

Monday, March 28, 2011

ULARRRRRR ! di C7

Lebih kurang inilah jenis ular yang ditangkap, bisa woo! (gambar ihsan wikipedia bukan ular sebenar, cuma untuk rujukan sahaja)


Maaf, gambar goyang pasal tukang ambik gambar pun kecut perut jugak ni...he..he.. Ini baru ular yang sebetulnya. Saksikan kehebatan kaum hawa kita, Bravo! (Jangan keliru yang belakang tu bukan yang pakai topi)

Panjang tak ular tu, heeeee.
Cik Kak kita selamba je 'berurusan' dengan ular tu



Salam Sejahtera,


Kali ini cerita ular masuk kawasan rumah pulak. Kejadian terjadi lebih kuarang jam 10.45 malam di jalan 7/20. Ular yang panjangnya lebih kurang 1.3 meter sedang cuba menelan seekor katak betul-betul depan pintu rumah kawan kita. Ular tedung hitam yang berbisa tu. Beberapa minit sbelum tu anak-anak kawan kita ni memang sedang berlari-lari di kawasan yang sama. Ada pulak yang datang ke rumah pada masa tu tapi ular tu belum bergerak ke depan pintu. Tuhan punya kuasa.


Sebaik isteri tuan rumah nak masuk rumah dia ternampaklah ular hitam yang sedang melingkar cuba menelan katak tadi. Apa lagi, kerisauan melanda. Salah seorang dari jiran menelipon En. Ali, Fendi dan Abu, orang kuat keselamatan PPC7 sebelum menelefon Jabatan Pertahanan Awam.


En. Abu kita dengan berani menghalau ular supaya ianya terperangkap diantara sliding door rumah sementara menunggu JPA sampai. Berani betul mamat tu, patutlah jadi AJK keselamatan. Sementara yang lain (selain memberi sokongan moral) memantau lokasi ular tadi.


Dalam masa 15 minit JPA pun sampai, memang pantas memandangkan lokasi pejabat di Putrajaya, 15 minit tu kira cepatlah jugak. Dah sampai turunlah 4 orang pegawai. Yang dahsyatnya 2 dari mereka ni wanita! Salute!


Jadi, pengajarannya dari kisah ini dapatlah disimpulkan penting jugak kawalan keselamatan PPC7. Bukan nak angkat bakul sendiri tapi itulah kenyataannya. Sekurang-kurangnya adalah jugak sokongan awal sebelum bantuan tiba.


Terima kasih pada semua di PPC7 terutama En. Abu, En. Ali, En. Fendi. En. Fathlul, En. Radzi dan pengawal keselamatan yang lain yang sama-sama berada di lokasi kejadian. Terima kasih juga kepada JPA yang cekap dan pantas menjalankan tugas.


No telefon JPA Putrajaya : 03-88881999

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM !


PPC7 mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM khususnya di C7 dan seluruh Malaysia amnya. Kepada yang kurang berjaya janganlah berputus asa tentu ada hikmah dan pengajarannya dan yakinlah bahawa masih ada peluang yang perlu diterokai dan diusahakan.

Bagi yang cemerlang teruskan pendakian anda ke menara gading dengan azam yang kukuh dan jitu demi agama dan bagi mengubah nasib bangsa dan negara.

Adik-adik semua adalah harapan ibu-bapa, masyarakat dan negara. Jangan sia-siakan masa muda dengan sewenang-wenangnya. Lekas-lekaslah rebut peluang yang ada untuk mengapai cita-cita anda.

Kami di C7 senantiasa mendoakan kejayaan adik-adik sekalian dan kami turut gembira dan bangga dengan kejayaan adik sekalian.

Kebanyakkan IPT/IPTA akan membuka pintu masing-masing bermula hari Sabtu ini. Kunjungilah IPT/IPTA ini bagi meninjau peluang yang ditawarkan.

Kucupilah tangan kedua ibu-bapa kamu, guru-guru, ustaz/ustazah, adik-beradik, dan lain-lain dan ucapankanlah jutaan terima kasih dengan ikhlas kerana merekalah insan-insan di belakang kejayaan kamu ini!

Dan yang amat penting sekali, panjatkan kesyukuran kepadaNya atas pemberian ini.

Sekali lagi SYABAS! dan TAHNIAH!

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan S.P.M dah keluar !

Pihak persatuan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon SPM (serta keluarga masing-masing) yang mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada hentinya atau batasnya.


Samada adik-adik berjaya atau tidak dalam SPM yang lepas, kucupilah tangan kedua ibu bapa yang selama ini telah berkorban untuk menyekolahkan adik sebagai tanda terima kasih. Dan yang penting sekali panjatkan kesyukuran kepada yang maha Esa atas segalanya yang telah berlaku.


Perjalanan adik-adik masih panjang. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Kami di C7 turut berkongi gembira dan bangga atas kejayaan adik-adik sekalian. Mulalah melayari web-web universiti untuk mengetahui syarat-syarat kemasukan.


p/s : Untuk pengetahuan semua juga, UiTM akan mengadakan 'Ekspo Selangkah ke UiTM' pada 26-27 Mac 2011 bertempat di UiTM Shah Alam.


Friday, March 18, 2011

Lampu isyarat...oh...lampu isyarat

Ceritanya....

En. Sesat : En.! Tumpang tanya, boleh?
En. Putra : Boleh...
En. Sesat : Macamana nak ke Taman Putra Perdana?
En. Putra : Oh ! senang je...dari LDP ni, encik just ambik susur selepas Puchong Perdana ke
kanan. Lepas 9 traffic lights, dah sampai la tu.
En. Sesat : Berapa kilometer tu dari LDP?
En. Putra : 4 lebih...

Itulah ceritanya tentang traffic lights di ke Taman kita ni. Bukannya nak komplain pasal traffic lights tu tapi lokasi terbaru 2 traffic lights kat jalan keluar kita ni sedikit membimbangkan lah. Satu dari segi flow traffic tu sendiri (kalau dari PP, paling kurang 20 minit baru sampai LDP 9 TL x 30 saat + 15 minit sesak ) dan yang keduanya pasal lokasi yang satu tu yang terletak betul2 kat selekoh kolam pancing ikan yang telah 'makan nyawa' tu. Kalau lampu merah kat situ nanti ada yang drift tak tentu pasal....Bukan apa, cuma nak ingat-ingatkan semua akan kewujudan trafic lights tu bagi mereka yang jarang-jarang lalu jalan tu (mentang-mentang lah jalan belakang dah siap!)

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Thursday, March 17, 2011

Negara Jepun Ditimpa Bencana

Kita turut bersimpati dengan negara dan rakyat Jepun yang ditimpa bencana. Walaupun dikejutkan dengan gempa bumi yang kuat, bangunan-bangunan nampaknya dapat bertahan. Kita maklum negara Jepun membina bangunan dengan daya menyerap gegaran. Namun kerosakan yang besar disebabkan tsunami ekoran gempa bumi tersebut. Ditambah pula dengan letupan di loji janakuasa nuklear. Ancaman radiasi nyata sekali. Kita diyakinkan bahawa radiasi dari loji janakuasa nuklear yang meletup tidak akan sampai ke Malaysia. Walaupun berasa lega dengan kenyataan ini, kita turut bersedih dan mengucapkan takziah dan rasa simpati dengan rakyat Jepun. Kita yakin Jepun akan bangkit semula kerana rakyatnya terkenal dengan kecekalan dan mempunyai azam yang kuat.

Friday, March 11, 2011

Pengawal Dikejar Anjing

Pada 10hb Mac, pukul 3 pagi, ketika kita nyanyak tidur, 2 orang pengawal keselamatan melakukan rondaan seperti biasa dengan motor roda tiga. Seorang mengendali motor dan seorang lagi menyuluh kawasan dan rumah-rumah. Sentiasa waspada memerhatikan tiada sesuatu yang mencurigakan. Tiba dijalan 7/20, mereka diserang anjing liar, katanya jenis rottweiler. Mana mungkin rottweiler anjing liar? Pun begitu, dalam keadaan yang mencemaskan motor roda tiga hilang kawalan dan terlanggar/tergesel dengan sebuah kereta yang terletak ditepi jalan. Tercacat kedua-dua pintu kereta sebelah kiri. Sewajarnya, tuan punya kereta tuntut cacatan tersebut dibaiki dan pihak PPC7 sedang mengurusnya.

Kejadian ini amat merimaskan pihak PPC7 kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak diduga. Apatah lagi dalam keadaan sekarang dimana kutipan yuran bulanan tidak menentu memandangkan keadaan keselamatan kawasan kini terkawal.

Berbalik kepada masaalah anjing liar, perkara ini telah lama berpanjangan dan setiap kali perkara dilapurkan kepada pihak berwajib, anjing-anjing tersebut seolah-olah tahu menghilangkan diri. Kami menganggap semua anjing yang berkeliaran samada siang atau malam sebagai anjing liar, selagi anjing tersebut tidak mempamirkan lesen. Anjing-anjng persendirian seharusnya berada dalam kawasan rumah, apatah lagi anjing jenis ganas seperti rottweiler!

Kita akan minta MPSp membuat operasi dari masa ke masa bagi membendung anjing liar ini.

Wednesday, March 9, 2011

Kualiti Air Longkang PPC7

Masih terbayang, tak berapa lama dulu, kanak-kanak menangguk ikan (anak ikan) di longkang. Jelas sekali ketika itu air longkang masih bersih hinggakan ikan mampu hidup. Ini secara langsung mencerminkan gaya hidup kita di Cluster 7. Tetapi keadaan telah berubah sekarang. Tak nampak lagi kelibat kanak-kanak menangguk ikan di longkang. Mungkin kanak-kanak tersebut sudah meningkat remaja dan bertukar minat kepada perkara lain.


Saya sesekali menjenguk juga keadaan longkang. Nyata kualiti air sekarang begitu buruk sekali hinggakan ikan tak mampu hidup!

Tuesday, March 8, 2011

Bengkel Blogspot PPC7

Inilah sesi perkongsian ilmu yang dijalankan di Pusat RT


Pada 8 Mac, beberapa ahli PPC7 berkumpul di Pusat RT untuk bengkel blogspot; tujuan untuk menambah/berkongsi ilmu. Bagi yang kurang arif IT, bengkel ini memang menyeronokkan, dan juga mengelirukan! Tapi, setidaknya peserta berpeluang menambah ilmu. Mungkin bagi mereka yang biasa mengendali blog, bengkel ini "kacang" saja. Okay juga la bengkel ni! Bengkel selesai awal pagi 9 Mac.

Sunday, March 6, 2011

SURAT ADUAN Pengerusi PPC7

PERSATUAN PENDUDUK CLUSTER TUJUH TAMAN PUTRA PERDANA (PPC7)
(No Pendaftaran: 0297-04-7 bertarikh 28 Feb 2004)
d/a Pusat Rukun Tetangga, Jalan Putra Perdana 7/21,
Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor
http://pputrac7.blogspot.com

Rujuk: PPC7-2011-4

Tarikh: 25 February 2011

Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Sepang
Cyberjaya

(Untuk perhatian: Jabatan Lanskap)

ADUAN TAHAP KEBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN
CLUSTER 7 TAMAN PUTRA PERDANA

SENAMROBIK PPC7 datang lagi!

SENAMROBIK C7


Yeah! Senamrobik PPC7 yang cukup popular di kalangan warga C7 datang lagi. Mari kita sama-sama berpeluh pada 13/3/2011 Ahad jam 8.00 pagi dan 20/3/2011 Ahad. Nantikan lagu apa pula yang akan mengiringi kita kali ini. Adalah lagu dulu yang penuh syahdu (siap ada gesture buat call! dan termenung! fuh!) ataupun lagu baru yang lebih rancak untuk membakar lebihan kalori kita!



Jadi, warga C7 sekalian, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama beriadah dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita!



Be there!

Mesyuarat Tahunan PPC7 2011

Aiit, Fendi! takkan dah fening kot. Orang belum mula lagi niiii. Trick lama tu! Tapi sebenarnya Abang Fendi kita ni sedang memerah otak untuk mencari penyelesaian kepada masalah pagar di C7.


Mesyuarat Tahunan PPC7 kali kelima telah selamat diadakan pada 5 Mac 2011. Seramai hampir 40 orang ahli termasuk AJK telah menghadiri mesyuarat ini. Buat pertama kalinya mesyuarat PPC7 diadakan setahun selepas Mesyuarat Agung persatuan. Dua perkara utama dibincangkan iaitu soal pagar dan keahlian PPC7 selain beberapa perkara atau usul yang dibawa oleh ahli ke mesyuarat kali ini (yuran keselamatan, peratusan bayaran di kalangan penduduk C7, masalah di pos kawalan termasuk tenaga pekerja, bonggol jalan, kewangan dan lain-lain) . Walaupun kehadiran kurang memberangsangkan namun objektif mesyuarat tercapai. Ikuti paparan sekitar mesyuarat PPC7 kali ini :-



Para hadirin khusyuk meneliti minit mesyuarat lepas sebelum bermulanya mesyuarat.....ada perkara berbangkit?


Antara syarat sah mesyuarat...



Kehadiran pada mesyuarat kali ini hanya cukup korum sahaja. Bila agaknya kita boleh dapat 100% kehadiran ye?



Keselamatan, keamanan, kebersihan, kesejahteraan dan semua sekali adalah tanggungjawab semua. Kalaulah kita tak aktif langsung dalam aktiviti berpesatuan macam ni, apa ada di C7 ni?




Dari kiri : En. Soleh (Bendahari) orang baru tapi steady, Hj. Khalid (Pengerusi) bak kata mat salleh ' a gentlemen will walk but never run' dan En. Shaifol (Setiausaha) memang seorang yang sangat setia dan sentiasa berusaha....

Mesyuarat ditangguhkan lebih kurang jam 12.30 malam. Fuh! memang hangat perbincangan ahli-ahli kita yang sangat mengambil berat tentang C7. Kalau bukan kita siapa lagi?

Kepada yang belum pernah datang ke mesyuarat ini pihak PPC7 mat mengalu-alukan kehadiran tuan-puan. Tunggu mesyuarat seterusnya pada setikar bulan Mac 2012.


Syabas dan tahniah....


Jadikan C7 kawasan terbaikkk di TPP!







Monday, February 28, 2011

Sepanjang Aktiviti Berbasikal PPC7

Hampir 45 peserta dari PPC7 yang hampir 90% dari golongan kanak-kanak terlibat dalam acara berbasikal Kayuhan Malam PPC7 kali-1 yang telah diadakan pada 26/2/2011.
Bergambar setelah penat berkayuh
Asyik-asyik rantai jatuh, wuuuih, penat abang macam ni dek oi!
Antara 'big bikers' malam tu...
Seronok Pakcik! nanti buat macam ni lagi!
Deretan basikal sebelum berlepas....
Jangan risau bro, 6 km je....
Efektif jugak papan notis kita ni....

Ni teknik photografi yang dipanggil 'spoil'

La budak-budak yang ramai, apa cite ni....

Walau apa pun, aktiviti malam tu tetap menyeronokkan bagi kanak-kanak C7 kita ni. Terima kasih kepada semua yang terlibat : peserta, mashall, AJK dan lain-lain. Maaf, gambar marshall bertugas tak sempat dirakam pasal photographer pun kayuh jugak.

Lepas ni mungkin ada aktiviti lain yang 'berbeza' dan menarik untuk semua...tungggguuuu!

Tuesday, February 22, 2011

Mesyuarat Agung PPC7 (Bukan Pemilihan)

Salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat agung bagi PPC7 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Mac 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 p.m
Tempat : Dewan RT Jln 7/21

Mengikut perlembagaan PPC7, mesyuarat agung boleh dijalankan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Namun, bagi memastikan keberkesanan dan kelicinan perjalanan persatuan, AJK PPC7 kali ini memutuskan untuk mengadakan mesyuarat agong selang setahun dari yang lepas.

Mesyuarat kali ini bukannya untuk melantik AJK baru tetapi lebih menjurus kepada soal perjalanan persatuan termasuk isu-isu terkini, masalah berbangkit, perancangan aktiviti dan sebagainya.

Surat berkaitan mesyuarat ini telah pun diedarkan ke rumah-rumah.

Thursday, February 17, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Taman Putra Perdana

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat sekalian,

Satu Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan di Taman Putra Perdana pada ketetapan di bawah. Sama-samalah kita menjayakan majlis sambutan ini :

Tarikh : 20/2/2011 (Ahad)
Tempat : Masjid Taman Putra Perdana
Masa : 7.30 pagi
Aktiviti : Perarakan
Pertanyaan : 012 3876689 (Hj. Khalid)

Dari Mata Pena Pengerusi PPC7



Kepada Semua Ahli PPC7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 28 Feb 2011, PPC7 genap berusia 7 tahun. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengimbas kembali perkembangan yang telah berlaku dalan jangkamasa tersebut.

Ada di antara kita yang bermula di Cluster 7 (C7) seawal 2002 apabila rumah-rumah mula siap dibina. Jumlah penduduk kian bertambah pada 2003 tetapi dianggarkan tidak melebihi 150 buah rumah. Rumah-rumah dikira layak dihuni kerana terdapat bekalan air dan elektrik. Selainnya seperti lampu jalan, kutipan sampah, kemudahan talipon dan lain-lainnya masih menjadi tanda tanya. Tekanan daripada kekurangan kemudahan asas ini telah mendesak penduduk ketika itu untuk mewujudkan jawatankuasa penaja bagi menubuhkan persatuan penduduk, sama seperti kawasan-kawasan lain dalam Taman Putra Perdana. Akhirnya, pihak berwajib telah meluluskan Persatuan Penduduk Cluster Tujuh (PPC7) pada 28 Feb 2004, dengan perlembagaan persatuan yang steriotaip – mengikut acuan yang disediakan pihak Pendaftar Pertubuhan.

Wednesday, February 16, 2011

Bonggol Jalan (Road Humps) @ Cluster 7

Berdasarkan pemerhatian dan keselamatan lalulintas di kawasan Cluster 7, maka pihak PPC7, pada 16/2/2011 (Khamis)telah membina 6 buah lagi bonggol dan menampal lubang di kawasan perumahan kita dengan kos RM1000. Perbelanjaan ini merupakan wang lebihan terkumpul melalui kutipan yuran keselamatan PPC7 selama ini. Ianya juga dijalankan berdasarkan keperluan yang disuarakan oleh ahli sendiri. Adalah menjadi harapan semua dengan terbinanya bonggol ini maka kawasan C7 akan menjadi lebih selamat untuk semua terutama golongan kanak-kanak yang menggunakan jalan sekitar di waktu puncak. Antara jalan yang terlibat adalah Jalan 7/18 (2 buah), Jalan 7/10 (2), Jalan 7/2 (2) dan 2 buah lagi akan ditambah di Jalan 7/5.

Tuesday, February 15, 2011

Pelekat Kenderaan Edisi Terbaru PPC7

Alhamdulillah, secara puratanya keadaan keselamatan di C7 boleh dikategorikan sebagai memuaskan. Setakat ini tiada sebarang perkara serius yang perlu kita bimbangkan. Namun, dalam keselesaan sebegini, usaha bagi memastikan keselamatan semua warga C7 tetap menjadi agenda utama PPC7. Oleh yang demikian, bagi mengemaskini dan meningkatkan tahap keselamatan, PPC7 telah memperkenalkan pelekat kereta terkini bagi mengenalpasti pergerakan kenderaan terutama pada waktu lenggang (antara jam 9 - 12 tgh)dan menggantikan pelekat kenderaan lama yang telah digunakan lebih 3 tahun. Pelekat kenderaan ini boleh diperolehi dengan harga RM3 di pondok kawalan utama C7.

Kayuhan Malam PPC7 Kali-1



Bagi peminat basikal atau yang baru nak berminat mengayuh, sertai acara Kayuhan Malam PPC7 pada 26/2/2011 (Sabtu) bermula jam 8.30 malam. Perjalanan dijangkakan sejauh 10km ini bermula di pintu utama C7 ke Selangor Science Park 2 dan patah balik. Jadi, sesiapa yang belum ada basikal bolehlah mula mencari. Tak kiralah basikal apa pun janji basikal. Antara perkara yang perlu dipatuhi :

1. Mesti pakai helmet, ada lampu depan dan belakang, pakaian sesuai dan berkasut (semput tak pe,selamat lagi penting)
2. Basikal dalam keadaan baik
3. Mematuhi arahan 'marshall' dari masa ke semasa.

Kayuh bang, kayuh!

Pagar Perimeter Zink Cluster 7 bakal diroboh


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk maklumat semua, pihak PPC7 telah dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang bahawa pagar zink sekekliling cluster tujuh bakal dirobohkan minggu depan. Pada petang 15/2/2011, pihak persatuan telah mengambil initiatif untuk mengambil beberapa keping zink tersebut sebelum ianya dirobohkan. Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah soal keselamatan apabila dinding penghalang tersebut dirobohkan. Kawasan rumah sepanjang jalan 7/1 dan 7/2 yang dilindungi oleh pagar tersebut kini terdedah. Ada cadangan?