PERSATUAN PENDUDUK CLUSTER TUJUH TAMAN PUTRA PERDANA (PPC7)
(No Pendaftaran: 0297-04-7 bertarikh 28 Feb 2004)
d/a Pusat Rukun Tetangga, Jalan Putra Perdana 7/21,
Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor
http://pputrac7.blogspot.com
Rujuk: PPC7-2011-4
Tarikh: 25 February 2011
Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Sepang
Cyberjaya
(Untuk perhatian: Jabatan Lanskap)
ADUAN TAHAP KEBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN
CLUSTER 7 TAMAN PUTRA PERDANA
1. Saya dengan hormatnya membuat aduan mengenai tahap kebersihan alam sekitar di kawasan perumahan Cluster 7, Taman Putra Perdana yang kini seolah-olah terabai oleh kontraktor-kontraktor berkenaan. Secara rambang, diperhatikan jumlah pekerja-pekerja tampak berkurangan; mungkin menjadi penyebab utama kemerosotan tahap kebersihan kawasan secara keseluruhannya.
Kontrak Sampah Pukal
2. Lori pukal dilihat jarang-jarang sekali memasuki kawasan untuk memungut longgokan daun dan pelepah kering di sekitar kawasan. Apabila masuk kawasan, lori berkenaan dilihat hanya mengisi sepenuh lori dan tidak kembali semula walaupun masih terdapat longgokan yang belum diangkut. Situasi ini menimbulkan masaalah susulan seperti berikut:
a. Menjadi tabiat manusia apabila melihat longgokan daun/pelepah kering di beberapa tempat sekitar kawasan, tempat tersebut dianggap sebagai tempat buangan. Maka sisa-sisa pokok yang dicantas turut juga dilonggok bersama. Perkara ini menjadi bertambah parah apabila kekerapan pungutan terlalu lama dan tidak dilakukan dengan sempurna. Difahamkan kontraktor adakalanya mengalami masaalah kerana tiada pemandu lori!
b. Seorang pekerja kontraktor pukal yang sentiasa ada di kawasan (termasuk Cluster 8 dan Cluster 9) adakalanya mengambil ‘inisiatif’ sendiri untuk mengurangkan longgokan daun dan pelepah terlalu lama dan kering dengan membakar longgokan tersebut. Perbuatan ini telah ditegur kerana menimbulkan masaalah pencemaran alam sekitar. Namun ianya masih dilakukan kerana lori tidak masuk kawasan dan dia sendiri merasa resah melihat longgokan yang kian bertambah.
Kontrak Cuci Longkang
3. Memang terdapat longkang yang telah mendap menyebabkan saliran tidak lagi efisien dan air bertakung di beberapa tempat. Kami tidak melihat keadaan mendapan ini dapat dibaiki dalam jangkamasa terdekat. Kita terima keadaan ini sebagai satu realiti. Maka, dengan takungan yang sentiasa ada dalam longkang keadaan ‘stagnant water’ mengundang masaalah pembiakan nyamuk, terutamanya pada masa-masa tiada hujan. Beberapa kes demam denggi telah pun dilapurkan dalam Cluster 7 sejak 3 bulan yang lalu.
4. Kerap kali dilihat hanya 3 orang pekerja mencuci longkang (mungkin yang lain mencuci di kawasan lain?) dan tentunya mereka mengambil masa yang lama untuk membuat satu pusingan mencuci semua longkang di Cluster 7,
Kontrak Potong Rumput
5. Khususnya kawasan padang-padang permainan dan kawasan lapang.Ianya kini dilihat seolah-olah terbiar kerana rumput terlalu panjang. Kesemua padang permainan di Cluster 7 kini tidak selesa untuk kanak-kanak bermain/beriadah. Begitu juga kawasan lapang yang dulunya kemas, kini menjadi semak. Sebagai contoh, kawasan lapang di antara Jalan 7/1 dan Jalan 7/21 bertentangan dengan simpang Jalan 7/9.
Penutup
6. Sangatlah diharapkan perkara-perkara yang dibangkitkan di atas akan mendapat perhatian pihak/jabatan berkenaan supaya tahap kebersihan kawasan dapat dipulihkan dan ditingkatkan ke tahap yang boleh dibanggakan. Kami mengalu-alukan mana-mana pegawai/penyelia pihak Majlis untuk membuat tinjauan di kawasan Cluster 7 untuk melihat keadaan seadanya.
7. Sekian, terima kasih.
Yang benar
Persatuan Penduduk Cluster Tujuh
Hj Khalid Hj Ahmad
Pengerusi

Padang 7/8 & 7/9 selamat ditebas...padang-padang lain belum sepat tinjau
ReplyDelete