Saturday, March 22, 2014

Mesyuarat Agung PPC7 ke-8

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jangan lupa hadir ke Mesyuarat Agung PPC7 ke 8 pada 30hb Mac 2014 jam 900 malam bertempat di Pusat Rukun Tetangga Jalan 7/21.

Notis mesyuarat telah pun diedar kepada tuan/puan pada  16hb yang lalu dan sekiranya tuan/puan ingin membawa usul ke mesyuarat agung, tuan/puan boleh juga tinggalkan komen di sini.

Sekian.


Monday, September 9, 2013

Sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri 2013


Sambutan Aidilfitri kali ini boleh dikatakan yang paling meriah pernah dianjurkan stakat ini. Ini disebabkan oleh beberapa antaranya :

1. Jumlah kehadian yang semakin ramai dari warga PPC7. Dianggarkan lebih dari 300 hadirin, satu rekod baru rasanya.
2. Kemeriahan dan kepelbagaian juadah yang bukan saja dari segi kuantiti tapi keenakan yang berbeza kaki ini diapit dengan ais krim potong, lemah, spaggeti, mee goreng special, nasi impit bersama rendang dan kuah kacang, lemang lemak bersari, nasi minyak oleh Chef Abu dan berpuluh jenis kuih raya. Semunya kali ini licin tak sampai sejam.
3. Sambutan bersama hari kemerdekaan negara yang ke-56 sudah rentunya mensmbah kemeriahan. Acara sampingan termasuk acara nenaikkan bendera paling tinggi di Putra Perdana (18 meter) buat julung kalinya. Acara deklamasi sajak oleh dua putri di C7 menambah keunikan prigram kali ini.
4. Pertunjukkan bunga api yang sungguh menggagumkan (hampir 30 minit).
5. Kesudian Y.B Shahrum untuk bersama walau acara melangkau tengah malam. Ini merupakan kunjungan julung kali beliau ke C7.
Banner pun ceria kali ni...

Sejam kemudian...

Kehadiran Y.B Shahrum (ADUN)

Hj. Khalid (Pengerusi PPC7) bersama Y.B. Shahrum.

Friday, July 19, 2013

Majlis Berbuka Puasa PPC7 dan RT Zon H



Majlis Berbuka Puasa anjuran PPC7 dan RT Zon H ini merupakan aktiviti tradisi yang telah dianjurkan saban tahun di bulan yang penuh barakah ini, bulan Ramadhan. Sepertimana biasa, pihak persatuan akan mengumpul sumbangan dari warga PPC7 untuk penganjurannya disamping itu pihak persatuan juga akan menampung sebahagian kos penganjuran. 

Sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk kos berbuka puasa di masjid dan juga sumbangan duit raya kepada anak yatim dari rumah anak yatim sekitar Putra Perdana. Sekiranya ada lebihan dari keseluruhan kos penganjuran ini, wang tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada pengurusan rumah anak yatim yang bakal difikirkan sesuai menjadi penerima. Sepanjang 9 tahun yang lepas pelbagai agensi atau pertubuhan anak yatim sekitar lembah kelang telah menerima infak dari warga C7 melalui aktiviti ini. Adakalanya, sedikit sumbangan juga dihuluran kepada wangsa ibu tunggal dan juga penggali kubur di Putra Perdana. 

Oleh yang demikian, marilah bersama-sama kita warga C7 menjayakan program ini dengan pelbagai cara yang termampu baik dari segi tenaga, masa dan wang ringgit. Penglibatan tuan-puan akan lebih memberi kemeriahan dan makna aktiviti tradisi kita ini. 

Jazakallahu Khaira Kasira...

Di sebalik tabir...

PPC7 dan RT Zon H senantiasa berusaha untuk memastikan keharmonian, keselamatan dan keselesaan warga C7 setakat yang termampu. Berdasarkan kepada sambutan warga remaja di C7 akan aktiviti sukan terutamanya aktiviti bola sepak (juga berdasarkan sambutan memberangsangkan di Kejohanan Futsal C7 yang lepas), maka pihak persatuan dengan kerjasama RT Zon H telah bersetuju untuk menambah kemudahan sukan mengikut kemampuan kewangan persatuan. Antara kemudahan yang telah dan akan disediakan adalah seperti berikut :

1. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/5.
2. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/5 (tambahan)
3. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/21(sebelah dewan)
4. Padang Netball (cadangan di Padang Jalan 7/6)
5. Naik taraf Gelanggang badminton di Padang Jalan 7/8 beserta lampu.

Adalah diharapkan agar lebih ramai warga C7 akan mendapat faedah dari usaha ini untuk beriadah disamping merapatkan silaturrahim antara kita. Syabas PPC7 dan RT Zon H!









Sepanjang Kejohanan Futsal C7

Kejohanan Futsal C7 yang pertama seperti dlaporkan sebelum ini telah berjalan dengan jayanya. Sambutan yang diterima oleh warga rmaja C7 amat menggalakkan. Hasil dari pertandingan ini, beberapa pemain telah dipilih untuk mewakili PPC7 di kejohanan Futsal Putra Perdana pada Julai 2013.

Nikmati sebahagian dari detik-detik menarik yang kami rakamkan :




















Tuesday, June 11, 2013

Kejohanan Futsal Cluster 7


Assalamualaikum dan Salam sejahtera;

Tuan-puan dijemput hadir pada 16 Jun 2013 bertempat di padang jalan 7/5. Pada minggu lepas kerja-kerja persiapan padang telah pun dijalankan. Turut diadakan adalah undian pembahagian kumpulan. 7 kumpulan telah disiapkan bagi mengegarkan padang 7/5 pada Ahad ini.Jom kita beri sokongan kepada bakat dan aktiviti anak-anak kita di Cluster 7 ini. Seramai hampir 50 remaja C7 dan sebahagian dari kawasan lain akan terlibat dalam kejohanan ini.

Mereka perlukan sokongan kita. Selain itu, aktiviti ini juga adalah platform paling baik untuk kita mendampingi golongan remaja secara tidak langsung dapat membimbing dan mengenali mereka secara lebih dekat.

InsyaAllah, akan ada aktiviti lain yang dirancang. Jadikanlah Kejohanan Futsal C7 ini sebagai titik permulaan membimbing dan mengenali remaja/anak-anak C7....

Remaja C7 mendengar taklimat kejohanan.

En. Fendi dan Kamaruzaman selaku wakil penganjur dan orang kuat kejohanan.

Warga C7 yang ceria...

Senarai Pemain Futsal Mengikut Kategori

Bawah 12 Tahun
Kumpulan A
Pengurus : Encik Zaidi ( AJK)
     1.    Ridzwan bin Mohammad Radzi
     2.    Muhd. Danial Aiman
     3.    Muhd. Kamal Aizim bin Kamarulzaman
     4.    Muhd. Aiman Hafiz
     5.    Ikhwan Haziq Daniel bin Supawi
     6.    Afnan Daniel
     7.    Ariq Irsyad Zaidi

Kumpulan B
Pengurus : Encik Madi ( Ibubapa)
    1.    Ikhwan Firdaus bin Mohd Zaidi
    2.    Muhd. Haidil Aiman
    3.    Mohd. Hadif Syahir
    4.    Amirul Izzat
    5.    Amin Nurhazim
    6.    Muhd. Haidil Aizat bin Harmizi
    7.    Muhammad Izzat Akif

Kumpulan C
Pengurus : Encik Zul  (AJK)
1.    Muhammad Izzul Azri
2.    Mohd. Haikal Syakir
3.    Muhd. Adrien
4.    Aliff Haiqal Azmi
5.    Izzul Harith bin Roseli
6.    Syafiq Hakimi bin Norisham


Bawah 18 Tahun

Kumpulan A
Pengurus : Encik Shaari ( Ibubapa)
     1.    Muhammad Syafiq Syahmi bin Saahari
     2.    Iqmal Daniel bin Supawi
     3.    Khairul Anuar bin Mohmad Zaidi
     4.    M. Shafique Shazwan
     5.    Rohan bin Rahatan
     6.    Mohd. Danish Hamdani
     7.    Muhammad Kamal Aizam

Kumpulan B
Pengurus :  Encik Zainudin (AJK)
     1.    Mohd. Amirul Hassani
     2.    Erfan Fikri bin Muhammad Fuad
     3.    Muhammad Khairul Eiman
     4.    Iqtisham Amir Daniel bin Supawi
     5.    Mohammad Saiful bin Narawi
     6.    Akmal Firqihan
     7.    Wan Muhammad Hanif

Kumpulan C
Pengurus : Encik Ali ( AJK)
     1.    Muhammad Iskandar Danial
     2.    Mohammad Dini Fitri
     3.    Mohd Fadhli bin Azami
     4.    Amirul Iman
     5.    Ahmad Abid Thaqif
     6.    Edzlan Fitry bin Muhammad Fuad
     7.    Izzat Shahmi bin Roseli


Kumpulan D
Pengurus :  Encik Saifol ( AJK)
     1.    Muhammad Aliff Haikal bin Affendi
     2.    Muhammad Azrul Sophian
     3.    Ahmad Sahhil bin Abdullah
     4.    Muammal Daniel bin Rohatan
     5.    Muhd. Daniel
     6.    Wan Muhammad Afif
     7.    Syed Ahmad Baihakqi

Pengadil Perlawanan
1.    En. Ajien
2.    En. Muslim
3.    En. Muz/Norhisham

Pegawai perlawanan
1.    Tuan Haji Khalid
2.    En. Kamarulzaman
3.    En. Affendi
4.    En. Mohammad Radzi

Pegawai Perubatan
1. Pn. Norfipah