Pada 10hb Mac, pukul 3 pagi, ketika kita nyanyak tidur, 2 orang pengawal keselamatan melakukan rondaan seperti biasa dengan motor roda tiga. Seorang mengendali motor dan seorang lagi menyuluh kawasan dan rumah-rumah. Sentiasa waspada memerhatikan tiada sesuatu yang mencurigakan. Tiba dijalan 7/20, mereka diserang anjing liar, katanya jenis rottweiler. Mana mungkin rottweiler anjing liar? Pun begitu, dalam keadaan yang mencemaskan motor roda tiga hilang kawalan dan terlanggar/tergesel dengan sebuah kereta yang terletak ditepi jalan. Tercacat kedua-dua pintu kereta sebelah kiri. Sewajarnya, tuan punya kereta tuntut cacatan tersebut dibaiki dan pihak PPC7 sedang mengurusnya.
Kejadian ini amat merimaskan pihak PPC7 kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak diduga. Apatah lagi dalam keadaan sekarang dimana kutipan yuran bulanan tidak menentu memandangkan keadaan keselamatan kawasan kini terkawal.
Berbalik kepada masaalah anjing liar, perkara ini telah lama berpanjangan dan setiap kali perkara dilapurkan kepada pihak berwajib, anjing-anjing tersebut seolah-olah tahu menghilangkan diri. Kami menganggap semua anjing yang berkeliaran samada siang atau malam sebagai anjing liar, selagi anjing tersebut tidak mempamirkan lesen. Anjing-anjng persendirian seharusnya berada dalam kawasan rumah, apatah lagi anjing jenis ganas seperti rottweiler!
Kita akan minta MPSp membuat operasi dari masa ke masa bagi membendung anjing liar ini.
report ja kat majlis bandaran...
ReplyDeleteCadangan mengenai kutipan yuran pengurusan kawalan keselamatan:
ReplyDelete(1) jumpa penduduk yang belum menjelaskan yuran tersebut pada waktu dan tempat yang bersesuaian, iaitu di rumah mereka selepas pukul 7 petang. Ini adalah untuk memudahkan mereka membuat pembayaran.
(2) memaparkan nama dan alamat penduduk yang belum menjelaskan yuran di pintu utama, Jalan PP7/1. Ini bertujuan untuk mengingatkan/meminta mereka menjelaskan yuran tersebut.