Hampir dua bulan blog PPC7 ini tidak dikemas-kinikan disebabkan oleh kesibukan pihak sekretariat PPC7. InsyaAllah beberapa pengumuman serta lain-lain berita/peristiwa akan dikongsi tidak lama lagi.
Apa yang lebih penting hari ini bagi PPC7 adalah untuk menyelesaikan masalah
i) sampah-sarap yang sudah satu minggu tidak dikutip
ii) penyelenggaraan padang-padang di kawasan C7.
Pihak PPC7 telah menerima banyak aduan mengenai sampah dari warga C7 dan ketika ini kami masih menunggu penjelasan dari pihak MPSp berkaitan masalah ini.
Sekiranya pihak PPC7 menerima penjelasan dari MPSp, kami akan kongsi bersama dengan warga C7 agar kita semua dapat memahami permasalahan yang dihadapi oleh pihak majlis disamping itu kita juga dapat dapat mengambil langkah sewajar didalam mengurus sampah-sarap masing-masing.
Pihak PPC7 bukannya ingin bertoleransi di dalam soal ini tetapi memandangkan isu sampah ini baru sahaja timbul (kalau tidak silap kali terakhir kita hadapi masalah ini adalah pada tahun 2003), jadi lebih eloklah kita bagi peluang MPSp menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu. Tambahan pula rasanya masalah sampah yang kita hadapi ini ada hubung kait dengan polisi atau kontrak kerajaan Selangor dengan Alam Flora. Rujuk di bawah

The STAR 21-Oct-2011
Malaysian Insider July 2011
Untuk cerita yang lebih menarik lagi, boleh klik sini
Jadi kepada warga C7 yang ingin membuat aduan kepada MPSp, boleh hubungi pihak MPSp di Cyberjaya (bukannya pejabat yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam tu). Aduan juga boleh dibuat secara online di alamat http://ekl.mpsepang.gov.my/sso/
Para suri rumah, buat seketika bolehlah berjinak-jinak dengan makhluk ni:

Heh heh.. aku akan merayap ke segenap dapur mahupun bilik tidur anda
No comments:
Post a Comment