Thursday, March 17, 2011

Negara Jepun Ditimpa Bencana

Kita turut bersimpati dengan negara dan rakyat Jepun yang ditimpa bencana. Walaupun dikejutkan dengan gempa bumi yang kuat, bangunan-bangunan nampaknya dapat bertahan. Kita maklum negara Jepun membina bangunan dengan daya menyerap gegaran. Namun kerosakan yang besar disebabkan tsunami ekoran gempa bumi tersebut. Ditambah pula dengan letupan di loji janakuasa nuklear. Ancaman radiasi nyata sekali. Kita diyakinkan bahawa radiasi dari loji janakuasa nuklear yang meletup tidak akan sampai ke Malaysia. Walaupun berasa lega dengan kenyataan ini, kita turut bersedih dan mengucapkan takziah dan rasa simpati dengan rakyat Jepun. Kita yakin Jepun akan bangkit semula kerana rakyatnya terkenal dengan kecekalan dan mempunyai azam yang kuat.

Friday, March 11, 2011

Pengawal Dikejar Anjing

Pada 10hb Mac, pukul 3 pagi, ketika kita nyanyak tidur, 2 orang pengawal keselamatan melakukan rondaan seperti biasa dengan motor roda tiga. Seorang mengendali motor dan seorang lagi menyuluh kawasan dan rumah-rumah. Sentiasa waspada memerhatikan tiada sesuatu yang mencurigakan. Tiba dijalan 7/20, mereka diserang anjing liar, katanya jenis rottweiler. Mana mungkin rottweiler anjing liar? Pun begitu, dalam keadaan yang mencemaskan motor roda tiga hilang kawalan dan terlanggar/tergesel dengan sebuah kereta yang terletak ditepi jalan. Tercacat kedua-dua pintu kereta sebelah kiri. Sewajarnya, tuan punya kereta tuntut cacatan tersebut dibaiki dan pihak PPC7 sedang mengurusnya.

Kejadian ini amat merimaskan pihak PPC7 kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak diduga. Apatah lagi dalam keadaan sekarang dimana kutipan yuran bulanan tidak menentu memandangkan keadaan keselamatan kawasan kini terkawal.

Berbalik kepada masaalah anjing liar, perkara ini telah lama berpanjangan dan setiap kali perkara dilapurkan kepada pihak berwajib, anjing-anjing tersebut seolah-olah tahu menghilangkan diri. Kami menganggap semua anjing yang berkeliaran samada siang atau malam sebagai anjing liar, selagi anjing tersebut tidak mempamirkan lesen. Anjing-anjng persendirian seharusnya berada dalam kawasan rumah, apatah lagi anjing jenis ganas seperti rottweiler!

Kita akan minta MPSp membuat operasi dari masa ke masa bagi membendung anjing liar ini.

Wednesday, March 9, 2011

Kualiti Air Longkang PPC7

Masih terbayang, tak berapa lama dulu, kanak-kanak menangguk ikan (anak ikan) di longkang. Jelas sekali ketika itu air longkang masih bersih hinggakan ikan mampu hidup. Ini secara langsung mencerminkan gaya hidup kita di Cluster 7. Tetapi keadaan telah berubah sekarang. Tak nampak lagi kelibat kanak-kanak menangguk ikan di longkang. Mungkin kanak-kanak tersebut sudah meningkat remaja dan bertukar minat kepada perkara lain.


Saya sesekali menjenguk juga keadaan longkang. Nyata kualiti air sekarang begitu buruk sekali hinggakan ikan tak mampu hidup!

Tuesday, March 8, 2011

Bengkel Blogspot PPC7

Inilah sesi perkongsian ilmu yang dijalankan di Pusat RT


Pada 8 Mac, beberapa ahli PPC7 berkumpul di Pusat RT untuk bengkel blogspot; tujuan untuk menambah/berkongsi ilmu. Bagi yang kurang arif IT, bengkel ini memang menyeronokkan, dan juga mengelirukan! Tapi, setidaknya peserta berpeluang menambah ilmu. Mungkin bagi mereka yang biasa mengendali blog, bengkel ini "kacang" saja. Okay juga la bengkel ni! Bengkel selesai awal pagi 9 Mac.

Sunday, March 6, 2011

SURAT ADUAN Pengerusi PPC7

PERSATUAN PENDUDUK CLUSTER TUJUH TAMAN PUTRA PERDANA (PPC7)
(No Pendaftaran: 0297-04-7 bertarikh 28 Feb 2004)
d/a Pusat Rukun Tetangga, Jalan Putra Perdana 7/21,
Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor
http://pputrac7.blogspot.com

Rujuk: PPC7-2011-4

Tarikh: 25 February 2011

Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Sepang
Cyberjaya

(Untuk perhatian: Jabatan Lanskap)

ADUAN TAHAP KEBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN
CLUSTER 7 TAMAN PUTRA PERDANA

SENAMROBIK PPC7 datang lagi!

SENAMROBIK C7


Yeah! Senamrobik PPC7 yang cukup popular di kalangan warga C7 datang lagi. Mari kita sama-sama berpeluh pada 13/3/2011 Ahad jam 8.00 pagi dan 20/3/2011 Ahad. Nantikan lagu apa pula yang akan mengiringi kita kali ini. Adalah lagu dulu yang penuh syahdu (siap ada gesture buat call! dan termenung! fuh!) ataupun lagu baru yang lebih rancak untuk membakar lebihan kalori kita!



Jadi, warga C7 sekalian, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama beriadah dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita!



Be there!

Mesyuarat Tahunan PPC7 2011

Aiit, Fendi! takkan dah fening kot. Orang belum mula lagi niiii. Trick lama tu! Tapi sebenarnya Abang Fendi kita ni sedang memerah otak untuk mencari penyelesaian kepada masalah pagar di C7.


Mesyuarat Tahunan PPC7 kali kelima telah selamat diadakan pada 5 Mac 2011. Seramai hampir 40 orang ahli termasuk AJK telah menghadiri mesyuarat ini. Buat pertama kalinya mesyuarat PPC7 diadakan setahun selepas Mesyuarat Agung persatuan. Dua perkara utama dibincangkan iaitu soal pagar dan keahlian PPC7 selain beberapa perkara atau usul yang dibawa oleh ahli ke mesyuarat kali ini (yuran keselamatan, peratusan bayaran di kalangan penduduk C7, masalah di pos kawalan termasuk tenaga pekerja, bonggol jalan, kewangan dan lain-lain) . Walaupun kehadiran kurang memberangsangkan namun objektif mesyuarat tercapai. Ikuti paparan sekitar mesyuarat PPC7 kali ini :-



Para hadirin khusyuk meneliti minit mesyuarat lepas sebelum bermulanya mesyuarat.....ada perkara berbangkit?


Antara syarat sah mesyuarat...



Kehadiran pada mesyuarat kali ini hanya cukup korum sahaja. Bila agaknya kita boleh dapat 100% kehadiran ye?



Keselamatan, keamanan, kebersihan, kesejahteraan dan semua sekali adalah tanggungjawab semua. Kalaulah kita tak aktif langsung dalam aktiviti berpesatuan macam ni, apa ada di C7 ni?




Dari kiri : En. Soleh (Bendahari) orang baru tapi steady, Hj. Khalid (Pengerusi) bak kata mat salleh ' a gentlemen will walk but never run' dan En. Shaifol (Setiausaha) memang seorang yang sangat setia dan sentiasa berusaha....

Mesyuarat ditangguhkan lebih kurang jam 12.30 malam. Fuh! memang hangat perbincangan ahli-ahli kita yang sangat mengambil berat tentang C7. Kalau bukan kita siapa lagi?

Kepada yang belum pernah datang ke mesyuarat ini pihak PPC7 mat mengalu-alukan kehadiran tuan-puan. Tunggu mesyuarat seterusnya pada setikar bulan Mac 2012.


Syabas dan tahniah....


Jadikan C7 kawasan terbaikkk di TPP!