PPC7 dan RT Zon H senantiasa berusaha untuk memastikan keharmonian, keselamatan dan keselesaan warga C7 setakat yang termampu. Berdasarkan kepada sambutan warga remaja di C7 akan aktiviti sukan terutamanya aktiviti bola sepak (juga berdasarkan sambutan memberangsangkan di Kejohanan Futsal C7 yang lepas), maka pihak persatuan dengan kerjasama RT Zon H telah bersetuju untuk menambah kemudahan sukan mengikut kemampuan kewangan persatuan. Antara kemudahan yang telah dan akan disediakan adalah seperti berikut :
1. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/5.
2. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/5 (tambahan)
3. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/21(sebelah dewan)
4. Padang Netball (cadangan di Padang Jalan 7/6)
5. Naik taraf Gelanggang badminton di Padang Jalan 7/8 beserta lampu.
Adalah diharapkan agar lebih ramai warga C7 akan mendapat faedah dari usaha ini untuk beriadah disamping merapatkan silaturrahim antara kita. Syabas PPC7 dan RT Zon H!
Persatuan Penduduk Cluster Tujuh merupakan sebuah persatuan penduduk di kawasan Taman Putra Perdana,Puchong Selangor. Terletak di daerah Sepang, persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003. Terdapat sebanyak 508 buah rumah di kawasan Cluster Tujuh ini.
Friday, July 19, 2013
Sepanjang Kejohanan Futsal C7
Kejohanan Futsal C7 yang pertama seperti dlaporkan sebelum ini telah berjalan dengan jayanya. Sambutan yang diterima oleh warga rmaja C7 amat menggalakkan. Hasil dari pertandingan ini, beberapa pemain telah dipilih untuk mewakili PPC7 di kejohanan Futsal Putra Perdana pada Julai 2013.
Nikmati sebahagian dari detik-detik menarik yang kami rakamkan :
Nikmati sebahagian dari detik-detik menarik yang kami rakamkan :
Tuesday, June 11, 2013
Kejohanan Futsal Cluster 7
Assalamualaikum dan Salam sejahtera;
Tuan-puan dijemput hadir pada 16 Jun 2013 bertempat di padang jalan 7/5. Pada minggu lepas kerja-kerja persiapan padang telah pun dijalankan. Turut diadakan adalah undian pembahagian kumpulan. 7 kumpulan telah disiapkan bagi mengegarkan padang 7/5 pada Ahad ini.Jom kita beri sokongan kepada bakat dan aktiviti anak-anak kita di Cluster 7 ini. Seramai hampir 50 remaja C7 dan sebahagian dari kawasan lain akan terlibat dalam kejohanan ini.
Mereka perlukan sokongan kita. Selain itu, aktiviti ini juga adalah platform paling baik untuk kita mendampingi golongan remaja secara tidak langsung dapat membimbing dan mengenali mereka secara lebih dekat.
InsyaAllah, akan ada aktiviti lain yang dirancang. Jadikanlah Kejohanan Futsal C7 ini sebagai titik permulaan membimbing dan mengenali remaja/anak-anak C7....
![]() |
| Remaja C7 mendengar taklimat kejohanan. |
![]() |
| En. Fendi dan Kamaruzaman selaku wakil penganjur dan orang kuat kejohanan. |
![]() |
| Warga C7 yang ceria... |
Senarai Pemain Futsal Mengikut Kategori
Bawah 12
Tahun
Kumpulan A
Pengurus :
Encik Zaidi ( AJK)
1.
Ridzwan bin Mohammad Radzi
2.
Muhd. Danial Aiman
3.
Muhd. Kamal Aizim bin Kamarulzaman
4.
Muhd. Aiman Hafiz
5.
Ikhwan Haziq Daniel bin Supawi
6.
Afnan Daniel
7.
Ariq Irsyad Zaidi
Kumpulan B
Pengurus :
Encik Madi ( Ibubapa)
1.
Ikhwan Firdaus bin Mohd Zaidi
2.
Muhd. Haidil Aiman
3.
Mohd. Hadif Syahir
4.
Amirul Izzat
5.
Amin Nurhazim
6.
Muhd. Haidil Aizat bin Harmizi
7.
Muhammad Izzat Akif
Kumpulan C
Pengurus :
Encik Zul (AJK)
1.
Muhammad Izzul Azri
2.
Mohd. Haikal Syakir
3.
Muhd. Adrien
4.
Aliff Haiqal Azmi
5.
Izzul Harith bin Roseli
6.
Syafiq Hakimi bin Norisham
Bawah 18
Tahun
Kumpulan A
Pengurus :
Encik Shaari ( Ibubapa)
1.
Muhammad Syafiq Syahmi bin Saahari
2.
Iqmal Daniel bin Supawi
3.
Khairul Anuar bin Mohmad Zaidi
4.
M. Shafique Shazwan
5.
Rohan bin Rahatan
6.
Mohd. Danish Hamdani
7.
Muhammad Kamal Aizam
Kumpulan B
Pengurus
: Encik Zainudin (AJK)
1.
Mohd. Amirul Hassani
2.
Erfan Fikri bin Muhammad Fuad
3.
Muhammad Khairul Eiman
4.
Iqtisham Amir Daniel bin Supawi
5.
Mohammad Saiful bin Narawi
6.
Akmal Firqihan
7.
Wan Muhammad Hanif
Kumpulan C
Pengurus : Encik Ali ( AJK)
1.
Muhammad Iskandar Danial
2.
Mohammad Dini Fitri
3.
Mohd Fadhli bin Azami
4.
Amirul Iman
5.
Ahmad Abid Thaqif
6.
Edzlan Fitry bin Muhammad Fuad
7.
Izzat Shahmi bin Roseli
Kumpulan D
Pengurus
: Encik Saifol ( AJK)
1.
Muhammad Aliff Haikal bin Affendi
2.
Muhammad Azrul Sophian
3.
Ahmad Sahhil bin Abdullah
4.
Muammal Daniel bin Rohatan
5.
Muhd. Daniel
6.
Wan Muhammad Afif
7.
Syed Ahmad Baihakqi
Pengadil
Perlawanan
1.
En. Ajien
2.
En. Muslim
3.
En. Muz/Norhisham
Pegawai perlawanan
1.
Tuan
Haji Khalid
2.
En.
Kamarulzaman
3.
En.
Affendi
4.
En. Mohammad Radzi
Pegawai Perubatan
1. Pn. Norfipah
Pegawai Perubatan
1. Pn. Norfipah
Wednesday, March 20, 2013
Taklimat Pemberian Geran Persatuan Penduduk
Taklimat pemberian geran persatuan penduduk Zon Puchong Di Bawah Inisiatif Mewujudkan Kejiranan Yang Selamat Dan Harmoni seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri telah diadakan pada 15 Mac 2013 di Kompleks Rakan Muda, Puchong.
Program ini dianjurkan oleh Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) dan GERAKAN Puhong. Ianya telah disempurnakan oleh Datuk Loo Yeng Peng Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri merangkap Penyelaras BN Parlimen Puchong.
Supt. Abdul Razak Elias KP IPD Serdang juga dijemput untuk memberi taklimat ringkas berkaitan peranan persatuan penduduk di dalam membantu pihak polis mencegah jenayah.
PPC7 telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Supt. Abdul Razak Elias KP IPD Serdang juga dijemput untuk memberi taklimat ringkas berkaitan peranan persatuan penduduk di dalam membantu pihak polis mencegah jenayah.
PPC7 telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Mesyuarat Agong PPC7 Ke-7
Mesyuarat Agong PPC7 ke 7 telah diadakan pada 16hb Mac 2013 bertempat di Pusat RT, Jln. PP 7/21. Seperti yang telah dimaklumkan, tiada pemilihan jawatankuasa pada tahun ini. Jawatankuasa baru akan dipilih pada AGM ke lapan nanti.
Mesyuarat membentangkan dan meluluskan minit mesyuarat, membentang serta melulus Penyata Kewangan yang berakhir Disemeber 2012 serta membahas usul-usul yang dikemukakan.
Antara isu yang hangat dibahaskan adalah:
1) Pembakaran terbuka - Penduduk disarankan mengadu kepada MPSp melalui e-aduan sekiranya pembakaran tersebut membabitkan pembakaran selain daun-daun kering serta pelepah-pelepah pokok palma memandangkan kontraktor yang bertanggungjawab membuat sapuan serta mengangkut daun-daun kering serta membersih longkang tidak menjalankan tugas mereka.
2) Pembinaan auto-gate di dalam usaha mensasarkan 100% kutipan yuran sekuriti. Buat masa kini kutipan adalah di dalam lingkungan 85%.
3) Keselamatan di kawasan terbuka bersebelahan lebuhraya SKVE sepanjang 7/1 dan 7/2 memandangkan kebelakangan ini ada usaha "pencerobohan" dari orang luar.
Untuk isu (2) dan (3) di atas, persatuan perlu berbincang kembali dengan agensi-agensi tertentu memandangkan kawasan kediaman Cluster 7 tertakluk kepada garis panduan Neigbourhood Guarded.
Mesyuarat membentangkan dan meluluskan minit mesyuarat, membentang serta melulus Penyata Kewangan yang berakhir Disemeber 2012 serta membahas usul-usul yang dikemukakan.
Antara isu yang hangat dibahaskan adalah:
1) Pembakaran terbuka - Penduduk disarankan mengadu kepada MPSp melalui e-aduan sekiranya pembakaran tersebut membabitkan pembakaran selain daun-daun kering serta pelepah-pelepah pokok palma memandangkan kontraktor yang bertanggungjawab membuat sapuan serta mengangkut daun-daun kering serta membersih longkang tidak menjalankan tugas mereka.
2) Pembinaan auto-gate di dalam usaha mensasarkan 100% kutipan yuran sekuriti. Buat masa kini kutipan adalah di dalam lingkungan 85%.
3) Keselamatan di kawasan terbuka bersebelahan lebuhraya SKVE sepanjang 7/1 dan 7/2 memandangkan kebelakangan ini ada usaha "pencerobohan" dari orang luar.
Untuk isu (2) dan (3) di atas, persatuan perlu berbincang kembali dengan agensi-agensi tertentu memandangkan kawasan kediaman Cluster 7 tertakluk kepada garis panduan Neigbourhood Guarded.
| Pengerusi, S/U dan Bendahari |
| Sebahagian ahli yang hadir |
| Pengumuman dari Hj Wan Timb. Pengerusi |
Wednesday, February 13, 2013
UPDATED Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Putra Perdana 2013
Terima kasih kepada warga C7 yang menyalurkan sumbangan bagi menjayakan Sambutan Maulidurasul 1434H peringkat Taman Putra Perdana. Lebihan perbelanjaan program telah pun disalurkan kepada Rumah Kebajikan At-Taqwa, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Putra Perdana dan Tabung PIBG SKTPP2 seperti yang dipersetujui jawatankuasa penganjur.
| Sekitar Majlis penyerahan sumbangan kepada PIBG SKTPP2, Rumah At-Taqwa dan PDK TPP bertempat di rumah At-Taqwa Jalan 6 |
![]() |
| Banner PPC7 dan RT Zon H sempena sambutan Maulidur Rasul 2013 |
![]() |
| Muslimin dan Muslimat Putra Perdana yang hadir |
![]() |
| Berhimpun awal pagi sebelum perarakan |
| Kontigen C7 sebelum perarakan |
| Kontigen C7 sebelum perarakan |
| Perarakan Kontigen C7 |
|
| Barisan Jawatankuasa |
| Selawat |
| Ucapan YDP PIBG SKTPP2 sebagai tuan rumah |
| Ucapan pengerusi Tuan Hj Khalid Pengerusi PPC7/KRT Zon H merangkap Pengerusi Perlaksanaan Sambutan Maulidurasul 1434H |
| Kontigen terbaik SRA TPP |
Subscribe to:
Posts (Atom)






