Wednesday, March 20, 2013

Mesyuarat Agong PPC7 Ke-7

Mesyuarat Agong PPC7  ke 7 telah diadakan pada 16hb Mac 2013 bertempat di  Pusat RT, Jln. PP 7/21. Seperti yang telah dimaklumkan, tiada pemilihan jawatankuasa pada tahun ini. Jawatankuasa baru akan dipilih pada AGM ke lapan nanti.

Mesyuarat membentangkan dan meluluskan minit mesyuarat, membentang serta melulus Penyata Kewangan yang berakhir Disemeber 2012 serta membahas usul-usul yang dikemukakan.
  
Antara isu yang hangat dibahaskan adalah:

1) Pembakaran terbuka - Penduduk disarankan mengadu kepada MPSp melalui e-aduan sekiranya pembakaran tersebut membabitkan pembakaran selain daun-daun kering serta pelepah-pelepah pokok palma memandangkan  kontraktor yang bertanggungjawab membuat sapuan serta mengangkut daun-daun kering serta membersih longkang tidak menjalankan tugas mereka.

2) Pembinaan auto-gate di dalam usaha mensasarkan 100% kutipan yuran sekuriti. Buat masa kini kutipan adalah di dalam lingkungan 85%.

3) Keselamatan di kawasan terbuka bersebelahan lebuhraya SKVE sepanjang 7/1 dan 7/2 memandangkan kebelakangan ini ada usaha "pencerobohan" dari orang luar.

Untuk isu (2) dan (3) di atas, persatuan perlu berbincang kembali dengan agensi-agensi tertentu memandangkan kawasan kediaman Cluster 7  tertakluk kepada garis panduan Neigbourhood Guarded.

Pengerusi, S/U dan Bendahari

Sebahagian ahli yang hadir

Pengumuman dari Hj Wan Timb. Pengerusi




No comments:

Post a Comment