Friday, July 19, 2013

Di sebalik tabir...

PPC7 dan RT Zon H senantiasa berusaha untuk memastikan keharmonian, keselamatan dan keselesaan warga C7 setakat yang termampu. Berdasarkan kepada sambutan warga remaja di C7 akan aktiviti sukan terutamanya aktiviti bola sepak (juga berdasarkan sambutan memberangsangkan di Kejohanan Futsal C7 yang lepas), maka pihak persatuan dengan kerjasama RT Zon H telah bersetuju untuk menambah kemudahan sukan mengikut kemampuan kewangan persatuan. Antara kemudahan yang telah dan akan disediakan adalah seperti berikut :

1. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/5.
2. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/5 (tambahan)
3. Padang futsal bersaiz FIFA serta lengkap dengan tiang gol di padang Jalan 7/21(sebelah dewan)
4. Padang Netball (cadangan di Padang Jalan 7/6)
5. Naik taraf Gelanggang badminton di Padang Jalan 7/8 beserta lampu.

Adalah diharapkan agar lebih ramai warga C7 akan mendapat faedah dari usaha ini untuk beriadah disamping merapatkan silaturrahim antara kita. Syabas PPC7 dan RT Zon H!









No comments:

Post a Comment