Friday, July 19, 2013

Majlis Berbuka Puasa PPC7 dan RT Zon H



Majlis Berbuka Puasa anjuran PPC7 dan RT Zon H ini merupakan aktiviti tradisi yang telah dianjurkan saban tahun di bulan yang penuh barakah ini, bulan Ramadhan. Sepertimana biasa, pihak persatuan akan mengumpul sumbangan dari warga PPC7 untuk penganjurannya disamping itu pihak persatuan juga akan menampung sebahagian kos penganjuran. 

Sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk kos berbuka puasa di masjid dan juga sumbangan duit raya kepada anak yatim dari rumah anak yatim sekitar Putra Perdana. Sekiranya ada lebihan dari keseluruhan kos penganjuran ini, wang tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada pengurusan rumah anak yatim yang bakal difikirkan sesuai menjadi penerima. Sepanjang 9 tahun yang lepas pelbagai agensi atau pertubuhan anak yatim sekitar lembah kelang telah menerima infak dari warga C7 melalui aktiviti ini. Adakalanya, sedikit sumbangan juga dihuluran kepada wangsa ibu tunggal dan juga penggali kubur di Putra Perdana. 

Oleh yang demikian, marilah bersama-sama kita warga C7 menjayakan program ini dengan pelbagai cara yang termampu baik dari segi tenaga, masa dan wang ringgit. Penglibatan tuan-puan akan lebih memberi kemeriahan dan makna aktiviti tradisi kita ini. 

Jazakallahu Khaira Kasira...

No comments:

Post a Comment