Monday, January 30, 2012

Awang Hitam Bermaharajalela di Putra Perdana

Para penduduk sekalian,

Kebelakangan ini kes jenayah melibatkan awang hitam semakin serius berlaku di kawasan Putra Perdana. Kes-kes berat seperti kes dadah bernilai RM20 juta yang dirampas di Polis November lepas sudah cukup membuktikan kawasan Putra Perdana perlu 'dibersihkan' dari unsur-unsur sebegini.

Tambahan dari kes diatas, satu lagi kes berat dilaporkan. Kali ini kes pembunuhan di Rista Villa. Sekali lagi melibatkan awang hitam durjana. Menurut laporan, mangsa yang dipercayai juga seorang awang hitam mati di sebuah rumah sewa. Sila rujuk http://www.mysinchew.com/node/69537 untuk maklumat lanjut.

Pengajaran :
1. Setiap warga perlu rasa sangsi akan kehadiran awang hitam di kawasan anda.
2. Jangan sewenang-webangnya menyewakan rumah anda kepada awang hitam. Siasat dahulu
sebelum terlambat.
3. Sokonglah sistem keselamatan yang dianjurkan oleh PPC7 dengan membuat sedikit bayaran.
(Mengikut sumber, sistem keselamatan kita ni pun agak nyawa-nyawa ikan diakibatkan
kekurangan sumber kewangan. Ramai yang tak bayar!) Dengan adanya sistem kawalan ini,
sekurang-kurangnya unsur-unsur jahat tidak sewenang-wenangnya berkeliaran di kawasan
kita.
4. Bantulah pihak polis dan persatuan dengan melaporkan sebarang kejadian yang
mencurigakan di kawasan anda.
5. Bergiat aktif dalam aktiviti PPC7 dan Rukun Tetangga Zon H bagi merapatkan silaturrahim
dan meningkatkan kerjasama demi keselamatan dan keharmonian kehidupan kita di C7,
Putra Perdana ini.

Kes-kes diatas sememangnya bukanlah kes yang remeh dan boleh dipandang ringan. Ini kes berat dan perlukan tindakan susulan dari pihak berwajib dan kerjasama seluruh warga Putra Perdana.

Post ini bukan berniat untuk menakutkan tetapi semata-mata sebagai peringatan kepada semua terutama penduduk C7 atas nama kesejahteraan dan keselamatan bersama.

Sila rujuk link dibawah untuk maklumat lanjut :

Thursday, December 1, 2011

Jawatankuasa KRT Zon-H

salam,

Kepada warga C7 berumur 21 tahun ke atas yang berminat membarisi Jawatankuasa Rukun Tetangga Zon-H bagi sesi 2012 -2013, tuan/puan boleh hubungi:

i-Tn.Hj Khalid 012-387 6689
ii- En. Radzi Manap 017-637 6630
iii-En. Shaifol Azmi Osman 013-365 7720

sebelum atau pada 15-Dis-2011. Senarai nama akan dihantar ke Pejabat Perpaduan Daerah terlebih dahulu sebelum pengesahan dibuat. Lantikan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975) (P.U. (A) 279/75).

Kami amat mengalu-alukan penglibatan dari kaum Cina dan India serta golongan wanita.


Faedah??? Berkhidmat untuk masyarakat aje .. Skim Takaful Kemalangan Diri pun ada.

Tuesday, November 29, 2011

Sampah oh Sampah

Salam,

Hampir dua bulan blog PPC7 ini tidak dikemas-kinikan disebabkan oleh kesibukan pihak sekretariat PPC7. InsyaAllah beberapa pengumuman serta lain-lain berita/peristiwa akan dikongsi tidak lama lagi.

Apa yang lebih penting hari ini bagi PPC7 adalah untuk menyelesaikan masalah

i) sampah-sarap yang sudah satu minggu tidak dikutip
ii)
penyelenggaraan padang-padang di kawasan C7.

Pihak PPC7 telah mene
rima banyak aduan mengenai sampah dari warga C7 dan ketika ini kami masih menunggu penjelasan dari pihak MPSp berkaitan masalah ini.

Sekiranya pihak PPC7 menerima penjelasan dari MPSp, kami akan kongsi bersama dengan warga C7 agar kita
semua dapat memahami permasalahan yang dihadapi oleh pihak majlis disamping itu kita juga dapat dapat mengambil langkah sewajar didalam mengurus sampah-sarap masing-masing.

Pihak PPC7 bukannya ingin bertoleransi di dalam soal ini tetapi memandangkan isu sampah ini baru sahaja timbul (kalau tidak silap kali terakhir kita hadapi masalah ini adalah pada tahun 2003), jadi lebih eloklah kita bagi peluang MPSp menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu. Tambahan pula rasanya masalah sampah yang kita hadapi ini ada hubung kait dengan polisi atau kontrak kerajaan Selangor dengan Alam Flora. Rujuk di bawah




The STAR 21-Oct-2011


Malaysian Insider July 2011


Untuk cerita yang lebih menarik lagi, boleh klik sini

Jadi kepada warga C7 yang ingin membuat aduan kepada MPSp, boleh hubungi pihak MPSp di Cyberjaya (bukannya pejabat yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam tu). Aduan juga boleh dibuat secara online di alamat http://ekl.mpsepang.gov.my/sso/

Para suri rumah, buat seketika bolehlah berjinak-jinak dengan makhluk ni:

Heh heh.. aku akan merayap ke segenap dapur mahupun bilik tidur anda

Saturday, September 10, 2011

Peluang Pekerjaan

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Untuk para belia yang sedang mencari pekerjaan. sebanyak 300 peluang pekerjaan kini terdapat di KLIA.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Khairunnisa dari syarikat Rafflescare Sdn Bhd di talian 012-6065004 atau 03-40426660 ext 307

Sumber diperolehi dari Pejabat Belia Daerah Sepang

Wednesday, September 7, 2011

Sambutan Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, Sukacita dimaklumkan bahawa PPC7 menjemput semua warga C7 ke Majlis Sambutan Aidilfitri PPC7

pada 24 September 2011 (Sabtu) bersamaan dengan 26 Syawal 1432 Hijrah

bermula jam 8 .30 malam sehingga1200 malam
bertempat di Padang Jalan 7/8 & 7/9

seperti biasa jamuan berkonsepkan '
pot-luck'

Antara menu yang disediakan oleh persatuan ialah Nasi Impit, Kuah kacang, Lemang, Rendang, Bihun Sup, Ais Kerim beserta minuman disediakan.

Untuk adik-adik duit raya disediakan.. untuk abang-abang & kakak-kakak karaoke raya akan diadakan

Kedatangan mereka yang baru menjadi warga C7 amat dialu-alukan agar silaturrahim dapat dijalin.

Jumpa pada 24 September nanti.


p/s: Kepada sesiapa yang tak tahu Jalan 7/8 & 7/9 boleh reece sekarang takut tersosek sampai ko Cyberjayo

Monday, September 5, 2011

Laluan Utama C7

Di dalam memastikan keberkesanan kawalan keselamatan terutamanya keluar/masuknya kenderaan ke C7, Biro Keselamatan telah memutuskan laluan keluar di pintu masuk utama hanya akan dibuka pada waktu puncak sahaja.

Masa laluan ini di buka setiap hari (kecuali Jumaat) dari



i) Jam 0500 pagi - 0900 pagi

ii) Jam 0500 petang - 1000 malam

Pada hari Jumaat, laluan juga di buka dari jam
1230 tghari - 230 petang

Sehubungan dengan itu, pihak PPC7 juga menyarankan agar penghuni C7 berhemah ketika memandu di C7 terutamanya pada waktu luar waktu puncak & dapat membeli sticker kenderaan (termasuk motorsikal) yang baru bagi memudahkan pengawal keselamatan memantau kenderaan luar.

Sticker boleh di dapati di pondok pengawal dengan harga RM3.00 sahaja.


p/s: Elok sangat dikuat kuasakan sticker baru ni memandangkan makin banyak kenderaan berpelekat C7 di luar sana; ada di Ruvenna, Rista, Jalan 3 malahan ada khabar terdapat juga di used car Pasir Puteh, Kelantan.