Persatuan Penduduk Cluster Tujuh merupakan sebuah persatuan penduduk di kawasan Taman Putra Perdana,Puchong Selangor. Terletak di daerah Sepang, persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003. Terdapat sebanyak 508 buah rumah di kawasan Cluster Tujuh ini.
Thursday, December 1, 2011
Jawatankuasa KRT Zon-H
Kepada warga C7 berumur 21 tahun ke atas yang berminat membarisi Jawatankuasa Rukun Tetangga Zon-H bagi sesi 2012 -2013, tuan/puan boleh hubungi:
i-Tn.Hj Khalid 012-387 6689
ii- En. Radzi Manap 017-637 6630
iii-En. Shaifol Azmi Osman 013-365 7720
sebelum atau pada 15-Dis-2011. Senarai nama akan dihantar ke Pejabat Perpaduan Daerah terlebih dahulu sebelum pengesahan dibuat. Lantikan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975) (P.U. (A) 279/75).
Kami amat mengalu-alukan penglibatan dari kaum Cina dan India serta golongan wanita.
Faedah??? Berkhidmat untuk masyarakat aje .. Skim Takaful Kemalangan Diri pun ada.
Tuesday, November 29, 2011
Sampah oh Sampah
Apa yang lebih penting hari ini bagi PPC7 adalah untuk menyelesaikan masalah
i) sampah-sarap yang sudah satu minggu tidak dikutip
ii) penyelenggaraan padang-padang di kawasan C7.
Pihak PPC7 telah menerima banyak aduan mengenai sampah dari warga C7 dan ketika ini kami masih menunggu penjelasan dari pihak MPSp berkaitan masalah ini.
Sekiranya pihak PPC7 menerima penjelasan dari MPSp, kami akan kongsi bersama dengan warga C7 agar kita semua dapat memahami permasalahan yang dihadapi oleh pihak majlis disamping itu kita juga dapat dapat mengambil langkah sewajar didalam mengurus sampah-sarap masing-masing.
Pihak PPC7 bukannya ingin bertoleransi di dalam soal ini tetapi memandangkan isu sampah ini baru sahaja timbul (kalau tidak silap kali terakhir kita hadapi masalah ini adalah pada tahun 2003), jadi lebih eloklah kita bagi peluang MPSp menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu. Tambahan pula rasanya masalah sampah yang kita hadapi ini ada hubung kait dengan polisi atau kontrak kerajaan Selangor dengan Alam Flora. Rujuk di bawah
Para suri rumah, buat seketika bolehlah berjinak-jinak dengan makhluk ni:
Saturday, September 10, 2011
Peluang Pekerjaan
Untuk para belia yang sedang mencari pekerjaan. sebanyak 300 peluang pekerjaan kini terdapat di KLIA.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Khairunnisa dari syarikat Rafflescare Sdn Bhd di talian 012-6065004 atau 03-40426660 ext 307
Sumber diperolehi dari Pejabat Belia Daerah Sepang
Wednesday, September 7, 2011
Sambutan Aidilfitri
pada 24 September 2011 (Sabtu) bersamaan dengan 26 Syawal 1432 Hijrah
bermula jam 8 .30 malam sehingga1200 malam
bertempat di Padang Jalan 7/8 & 7/9
seperti biasa jamuan berkonsepkan 'pot-luck'
Antara menu yang disediakan oleh persatuan ialah Nasi Impit, Kuah kacang, Lemang, Rendang, Bihun Sup, Ais Kerim beserta minuman disediakan.
Untuk adik-adik duit raya disediakan.. untuk abang-abang & kakak-kakak karaoke raya akan diadakan
Kedatangan mereka yang baru menjadi warga C7 amat dialu-alukan agar silaturrahim dapat dijalin.
Jumpa pada 24 September nanti.
p/s: Kepada sesiapa yang tak tahu Jalan 7/8 & 7/9 boleh reece sekarang takut tersosek sampai ko Cyberjayo
Monday, September 5, 2011
Laluan Utama C7
Di dalam memastikan keberkesanan kawalan keselamatan terutamanya keluar/masuknya kenderaan ke C7, Biro Keselamatan telah memutuskan laluan keluar di pintu masuk utama hanya akan dibuka pada waktu puncak sahaja.Masa laluan ini di buka setiap hari (kecuali Jumaat) dari
i) Jam 0500 pagi - 0900 pagi
ii) Jam 0500 petang - 1000 malam
Pada hari Jumaat, laluan juga di buka dari jam
1230 tghari - 230 petang
Sehubungan dengan itu, pihak PPC7 juga menyarankan agar penghuni C7 berhemah ketika memandu di C7 terutamanya pada waktu luar waktu puncak & dapat membeli sticker kenderaan (termasuk motorsikal) yang baru bagi memudahkan pengawal keselamatan memantau kenderaan luar.
Sticker boleh di dapati di pondok pengawal dengan harga RM3.00 sahaja.
p/s: Elok sangat dikuat kuasakan sticker baru ni memandangkan makin banyak kenderaan berpelekat C7 di luar sana; ada di Ruvenna, Rista, Jalan 3 malahan ada khabar terdapat juga di used car Pasir Puteh, Kelantan.
UPSR 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1Malaysia
Selamat menduduki peperiksaan UPSR diucapkan kepada semua pelajar tahun 6 sekolah rendah amnya penghuni C7. Peperiksaan akan bermula pada 13 - 15hb September 2011.
Semoga adik-adik semua dapat menjawab soalan dengan baik seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan dapat melangkah ke Sekolah Berasrama Penuh.
Kepada ibu-bapa, Garis panduan / Arahan am peperiksaan serta jadual lengkap peperiksaan boleh di muat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti berikut:
www.moe.gov.my/lp/files/upsr/2011/JWUPSR2011_21022011.pdf
p/s: Ibu-ibu & bapa-bapa juga jangan pula lupa jalani 'peperiksaan kesihatan', pastikan kandungan gula, kolestrol dsb dalam keadaan baik memandangkan banyak sangat open house sekarang ni.


