Wednesday, March 20, 2013

Taklimat Pemberian Geran Persatuan Penduduk

Taklimat pemberian geran persatuan penduduk Zon Puchong Di Bawah Inisiatif Mewujudkan Kejiranan Yang Selamat Dan Harmoni seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri telah diadakan pada 15 Mac 2013 di Kompleks Rakan Muda, Puchong.

Program ini dianjurkan oleh Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) dan GERAKAN Puhong. Ianya telah disempurnakan oleh Datuk Loo Yeng Peng Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri merangkap Penyelaras BN Parlimen Puchong.

Supt. Abdul Razak Elias KP IPD Serdang juga dijemput untuk memberi taklimat ringkas berkaitan peranan persatuan penduduk di dalam membantu pihak polis mencegah jenayah.

PPC7 telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.  
                                                                                                 






Mesyuarat Agong PPC7 Ke-7

Mesyuarat Agong PPC7  ke 7 telah diadakan pada 16hb Mac 2013 bertempat di  Pusat RT, Jln. PP 7/21. Seperti yang telah dimaklumkan, tiada pemilihan jawatankuasa pada tahun ini. Jawatankuasa baru akan dipilih pada AGM ke lapan nanti.

Mesyuarat membentangkan dan meluluskan minit mesyuarat, membentang serta melulus Penyata Kewangan yang berakhir Disemeber 2012 serta membahas usul-usul yang dikemukakan.
  
Antara isu yang hangat dibahaskan adalah:

1) Pembakaran terbuka - Penduduk disarankan mengadu kepada MPSp melalui e-aduan sekiranya pembakaran tersebut membabitkan pembakaran selain daun-daun kering serta pelepah-pelepah pokok palma memandangkan  kontraktor yang bertanggungjawab membuat sapuan serta mengangkut daun-daun kering serta membersih longkang tidak menjalankan tugas mereka.

2) Pembinaan auto-gate di dalam usaha mensasarkan 100% kutipan yuran sekuriti. Buat masa kini kutipan adalah di dalam lingkungan 85%.

3) Keselamatan di kawasan terbuka bersebelahan lebuhraya SKVE sepanjang 7/1 dan 7/2 memandangkan kebelakangan ini ada usaha "pencerobohan" dari orang luar.

Untuk isu (2) dan (3) di atas, persatuan perlu berbincang kembali dengan agensi-agensi tertentu memandangkan kawasan kediaman Cluster 7  tertakluk kepada garis panduan Neigbourhood Guarded.

Pengerusi, S/U dan Bendahari

Sebahagian ahli yang hadir

Pengumuman dari Hj Wan Timb. Pengerusi




Sesi Taklibat dan Bengkel eRT di Salak Tinggi

Program : Bengkel eRT
Tarikh : Mac 2013
Hari : Sabtu