Monday, February 28, 2011

Sepanjang Aktiviti Berbasikal PPC7

Hampir 45 peserta dari PPC7 yang hampir 90% dari golongan kanak-kanak terlibat dalam acara berbasikal Kayuhan Malam PPC7 kali-1 yang telah diadakan pada 26/2/2011.
Bergambar setelah penat berkayuh
Asyik-asyik rantai jatuh, wuuuih, penat abang macam ni dek oi!
Antara 'big bikers' malam tu...
Seronok Pakcik! nanti buat macam ni lagi!
Deretan basikal sebelum berlepas....
Jangan risau bro, 6 km je....
Efektif jugak papan notis kita ni....

Ni teknik photografi yang dipanggil 'spoil'

La budak-budak yang ramai, apa cite ni....

Walau apa pun, aktiviti malam tu tetap menyeronokkan bagi kanak-kanak C7 kita ni. Terima kasih kepada semua yang terlibat : peserta, mashall, AJK dan lain-lain. Maaf, gambar marshall bertugas tak sempat dirakam pasal photographer pun kayuh jugak.

Lepas ni mungkin ada aktiviti lain yang 'berbeza' dan menarik untuk semua...tungggguuuu!

Tuesday, February 22, 2011

Mesyuarat Agung PPC7 (Bukan Pemilihan)

Salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat agung bagi PPC7 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Mac 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 p.m
Tempat : Dewan RT Jln 7/21

Mengikut perlembagaan PPC7, mesyuarat agung boleh dijalankan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Namun, bagi memastikan keberkesanan dan kelicinan perjalanan persatuan, AJK PPC7 kali ini memutuskan untuk mengadakan mesyuarat agong selang setahun dari yang lepas.

Mesyuarat kali ini bukannya untuk melantik AJK baru tetapi lebih menjurus kepada soal perjalanan persatuan termasuk isu-isu terkini, masalah berbangkit, perancangan aktiviti dan sebagainya.

Surat berkaitan mesyuarat ini telah pun diedarkan ke rumah-rumah.

Thursday, February 17, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Taman Putra Perdana

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat sekalian,

Satu Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan di Taman Putra Perdana pada ketetapan di bawah. Sama-samalah kita menjayakan majlis sambutan ini :

Tarikh : 20/2/2011 (Ahad)
Tempat : Masjid Taman Putra Perdana
Masa : 7.30 pagi
Aktiviti : Perarakan
Pertanyaan : 012 3876689 (Hj. Khalid)

Dari Mata Pena Pengerusi PPC7



Kepada Semua Ahli PPC7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 28 Feb 2011, PPC7 genap berusia 7 tahun. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengimbas kembali perkembangan yang telah berlaku dalan jangkamasa tersebut.

Ada di antara kita yang bermula di Cluster 7 (C7) seawal 2002 apabila rumah-rumah mula siap dibina. Jumlah penduduk kian bertambah pada 2003 tetapi dianggarkan tidak melebihi 150 buah rumah. Rumah-rumah dikira layak dihuni kerana terdapat bekalan air dan elektrik. Selainnya seperti lampu jalan, kutipan sampah, kemudahan talipon dan lain-lainnya masih menjadi tanda tanya. Tekanan daripada kekurangan kemudahan asas ini telah mendesak penduduk ketika itu untuk mewujudkan jawatankuasa penaja bagi menubuhkan persatuan penduduk, sama seperti kawasan-kawasan lain dalam Taman Putra Perdana. Akhirnya, pihak berwajib telah meluluskan Persatuan Penduduk Cluster Tujuh (PPC7) pada 28 Feb 2004, dengan perlembagaan persatuan yang steriotaip – mengikut acuan yang disediakan pihak Pendaftar Pertubuhan.

Wednesday, February 16, 2011

Bonggol Jalan (Road Humps) @ Cluster 7

Berdasarkan pemerhatian dan keselamatan lalulintas di kawasan Cluster 7, maka pihak PPC7, pada 16/2/2011 (Khamis)telah membina 6 buah lagi bonggol dan menampal lubang di kawasan perumahan kita dengan kos RM1000. Perbelanjaan ini merupakan wang lebihan terkumpul melalui kutipan yuran keselamatan PPC7 selama ini. Ianya juga dijalankan berdasarkan keperluan yang disuarakan oleh ahli sendiri. Adalah menjadi harapan semua dengan terbinanya bonggol ini maka kawasan C7 akan menjadi lebih selamat untuk semua terutama golongan kanak-kanak yang menggunakan jalan sekitar di waktu puncak. Antara jalan yang terlibat adalah Jalan 7/18 (2 buah), Jalan 7/10 (2), Jalan 7/2 (2) dan 2 buah lagi akan ditambah di Jalan 7/5.

Tuesday, February 15, 2011

Pelekat Kenderaan Edisi Terbaru PPC7

Alhamdulillah, secara puratanya keadaan keselamatan di C7 boleh dikategorikan sebagai memuaskan. Setakat ini tiada sebarang perkara serius yang perlu kita bimbangkan. Namun, dalam keselesaan sebegini, usaha bagi memastikan keselamatan semua warga C7 tetap menjadi agenda utama PPC7. Oleh yang demikian, bagi mengemaskini dan meningkatkan tahap keselamatan, PPC7 telah memperkenalkan pelekat kereta terkini bagi mengenalpasti pergerakan kenderaan terutama pada waktu lenggang (antara jam 9 - 12 tgh)dan menggantikan pelekat kenderaan lama yang telah digunakan lebih 3 tahun. Pelekat kenderaan ini boleh diperolehi dengan harga RM3 di pondok kawalan utama C7.

Kayuhan Malam PPC7 Kali-1



Bagi peminat basikal atau yang baru nak berminat mengayuh, sertai acara Kayuhan Malam PPC7 pada 26/2/2011 (Sabtu) bermula jam 8.30 malam. Perjalanan dijangkakan sejauh 10km ini bermula di pintu utama C7 ke Selangor Science Park 2 dan patah balik. Jadi, sesiapa yang belum ada basikal bolehlah mula mencari. Tak kiralah basikal apa pun janji basikal. Antara perkara yang perlu dipatuhi :

1. Mesti pakai helmet, ada lampu depan dan belakang, pakaian sesuai dan berkasut (semput tak pe,selamat lagi penting)
2. Basikal dalam keadaan baik
3. Mematuhi arahan 'marshall' dari masa ke semasa.

Kayuh bang, kayuh!

Pagar Perimeter Zink Cluster 7 bakal diroboh


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk maklumat semua, pihak PPC7 telah dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang bahawa pagar zink sekekliling cluster tujuh bakal dirobohkan minggu depan. Pada petang 15/2/2011, pihak persatuan telah mengambil initiatif untuk mengambil beberapa keping zink tersebut sebelum ianya dirobohkan. Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah soal keselamatan apabila dinding penghalang tersebut dirobohkan. Kawasan rumah sepanjang jalan 7/1 dan 7/2 yang dilindungi oleh pagar tersebut kini terdedah. Ada cadangan?