Friday, September 7, 2012

Sambutan Aidil Fitri 2012


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam sejahtera kepada semua penduduk Cluster 7 Sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Aidilfitri peringkat Cluster 7 akan diadakan pada ketetapan di bawah :

Tarikh    : 16 September 2012
Hari       : Ahad
Masa      : 8.45 hingga selesai
Tempat  : Padang Jalan 7/6
Format   : Pot luck (Persatuan akan menyediakan lemang, rendang ayam, nasi himpit, kuah  
               kacang, minuman, duit raya untuk kanak-kanak, pertunjukkan bunga api dan   
               lain-lain). Sumbangan makanan penduduk adalah digalakkan.


Semua Penduduk Cluster 7 adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan AidilFitri ini!




Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Ya Marhaban

Assalamualaikum wbh


Para muslimin/muslimat warga C7,


Sudah hampir 14 hari kita berada di bulan Ramadhan, 
  • bulan yang penuh berkah;
  • bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan;
  • bulan yang mana Allah SWT menjadikan puasa sebagai fardhu dan solat malamnya sebagai tathawwu’ ;
  • bulan yang siapa sahaja mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat, maka ia beroleh pahala sebagaimana mengerjakan fardhu di bulan yang lain
  • dan bulan barang siapa melakukan fardhu, samalah ia dengan mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan yang lain.

Justeru itu PPC7 dan KRT Zon-H sekali lagi mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim dan turut menyampaikan  sumbangan kepada mereka.


Majlis akan diadakan di Masjid Taman Putra Perdana pada 6hn Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadhan 1433H. 


Oleh itu dijemput semua  muslimin/muslimat turut sama-sama meraikan anak-anak yatim ini dengan berbuka puasa, solat jemaah dan tarawikh serta dengan moreh pada malam tersebut.


Kepada muslimin/muslimat yang ingin menyumbang tuan/puan boleh salurkan sumbangan tersebut melalui pengawal bertugas atau mana-mana AJK.

Akhir sekali bersempena bulan Ramadhan, para AJK PPC7 & KRT Zon-H mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berjuang. Semoga Allah menerima segala ibadah kita dan memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang beruntung. 

Jazakallah Khair



Kenangan 2010




Monday, May 21, 2012

Kejohanan Bowling C7

Amin, Kejohanan Bowling C7 telah berjalan dengan bersih dan lancar tanpa ada sebarang mogok, rusuhan mahupun demonstrasi... 
/wahaha

Yang terer sudah tentu bawa balik plaque dan akan mewakili C7 ke mana-mana kejohanan bowling kelak

Yang paling terer dapat lagi voucher penginapan di hotel 5 bintang di Penang. 

Manakala team yang bertuah pula dapat makan di hotel 5 bintang di PJ.

Bagi yang paling tak terer.. sekretariat kejohanan turut bermurah hati menyediakan saguhati.

Pendekata rugi tak join.. InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi di Ampang Superbowl IOI Mall, kepada yang tak berjaya boleh cuba lagi.

Sekalung tahniah kepada En. Fendi dan En. Man KZ yang telah berhempas pulas membuat persediaan dan terima kasih daun keladi buat Pn. Fipah kerana dapatkan sponsor hadiah.






Alamak! kategori veteran patut diadakan jugak


Meriah!!! Dia orang yang lebih-lebih

Best of the best



Silap ni.. A to Z rase-rasenye tempat ke-3



Tuesday, May 8, 2012

Bowling

Salam 1Malaysia...

Penyertaan kejohanan bowling C7 kali ke-2 akan ditutup pada 13hb Mei nanti. Oleh itu peserta-peserta yang telah mengambil borang disarankan untuk mengembalikan borang penyertaan bersama bayaran anda di Pos Kawalan C7 secepat mungkin bagi memudahkan sekretariat penganjur mengesahkan tempahan "lane"

2 - Bagi yang masih belum jelas mengenai bayaran penyertaan. Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan:

Kategori dewasa adalah RM23/seorang
Kategori remaja (19 tahun ke bawah) adalah RM18/seorang

3 - Setakat ini 15 lanes telah pun ditempah. Pertandingan yang dijadual berlangsung pada jam 0900pagi telah diTUNDA kepada jam 0200 petang.

Kepada yang telah mengesahkan penyertaan, kita jumpa di IOI Bowling pada 20hb Mei Jam 2 petang

 

Wednesday, April 25, 2012

KEJOHANAN BOLING CLUSTER 7 2012

Click to view
Salam sejahtera,

Kejohanan Boling Cluster 7 (2012) kin i kembali lagi. Kejohanan Boling merupakan antara acara sukan yang paling popular di kalangan ramai rakyat Malaysia dan juga di Cluster 7. Kehebatan pemain Cluster 7 terbukti apabila kita telah memenangi Kejohanan Boling Piala Dato' Marsum Paing Daerah Sepang pada tahun lepas. Kejohanan Boling Cluster 7 diadakan bagi mencungkil bakat baru yang kemudiannya akan mewakili Cluster 7 di Kejohanan Boling Piala Dato' Marsum nanti. 

Bagi mereka yang berminat untuk menunjukkan kehebatan atau semata-mata ingin mengukuhkan tali kejiranan antara kita melalui acara sukan sebegini di Cluster 7 dan RT Zon H, maka anda dijemput untuk bersama-sama menyertai kejohanan ini. Maklumat kejohanan adalah seperti di bawah :

                                  Tarikh : 20 Mei 2012 ( Ahad)
                                  Masa  : 9.30 pagi
                                  Tempat : IOI Bowling
                                  Pendaftaran dan bayaran : Pos Pengawal Cluster 7
                                  Tarikh tutup pendaftaran : 13 Mei 2012
                                  Yuran : RM23 (Dewasa), RM18 (Remaja)
                                   Format : Berkumpulan (4 orang setiap kumpulan)
                                                 Pusingan Pertama - 2 Games
                                                 Pusingan Kedua - 1 Game ( dipilih dari 10 terbaik)
                                                 * bagi mereka yang tidak dapat membentuk kumpulan,
                                                    pihak urusetia akan menguruskannya.
                                                 * penyertaan dibuka hanya kepada penduduk Cluster 7.
                                   Hubungi : En. Affendi (013-5813711),
                                                  En. Kamaruzaman (019-6695538)
                                                  Pn. Norfipah (012-3250508)

Jom Boling !


Sila klik untuk muat turun borang penyertaan.