Wednesday, March 20, 2013

Taklimat Pemberian Geran Persatuan Penduduk

Taklimat pemberian geran persatuan penduduk Zon Puchong Di Bawah Inisiatif Mewujudkan Kejiranan Yang Selamat Dan Harmoni seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri telah diadakan pada 15 Mac 2013 di Kompleks Rakan Muda, Puchong.

Program ini dianjurkan oleh Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) dan GERAKAN Puhong. Ianya telah disempurnakan oleh Datuk Loo Yeng Peng Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri merangkap Penyelaras BN Parlimen Puchong.

Supt. Abdul Razak Elias KP IPD Serdang juga dijemput untuk memberi taklimat ringkas berkaitan peranan persatuan penduduk di dalam membantu pihak polis mencegah jenayah.

PPC7 telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.  
                                                                                                 






Mesyuarat Agong PPC7 Ke-7

Mesyuarat Agong PPC7  ke 7 telah diadakan pada 16hb Mac 2013 bertempat di  Pusat RT, Jln. PP 7/21. Seperti yang telah dimaklumkan, tiada pemilihan jawatankuasa pada tahun ini. Jawatankuasa baru akan dipilih pada AGM ke lapan nanti.

Mesyuarat membentangkan dan meluluskan minit mesyuarat, membentang serta melulus Penyata Kewangan yang berakhir Disemeber 2012 serta membahas usul-usul yang dikemukakan.
  
Antara isu yang hangat dibahaskan adalah:

1) Pembakaran terbuka - Penduduk disarankan mengadu kepada MPSp melalui e-aduan sekiranya pembakaran tersebut membabitkan pembakaran selain daun-daun kering serta pelepah-pelepah pokok palma memandangkan  kontraktor yang bertanggungjawab membuat sapuan serta mengangkut daun-daun kering serta membersih longkang tidak menjalankan tugas mereka.

2) Pembinaan auto-gate di dalam usaha mensasarkan 100% kutipan yuran sekuriti. Buat masa kini kutipan adalah di dalam lingkungan 85%.

3) Keselamatan di kawasan terbuka bersebelahan lebuhraya SKVE sepanjang 7/1 dan 7/2 memandangkan kebelakangan ini ada usaha "pencerobohan" dari orang luar.

Untuk isu (2) dan (3) di atas, persatuan perlu berbincang kembali dengan agensi-agensi tertentu memandangkan kawasan kediaman Cluster 7  tertakluk kepada garis panduan Neigbourhood Guarded.

Pengerusi, S/U dan Bendahari

Sebahagian ahli yang hadir

Pengumuman dari Hj Wan Timb. Pengerusi




Sesi Taklibat dan Bengkel eRT di Salak Tinggi

Program : Bengkel eRT
Tarikh : Mac 2013
Hari : Sabtu


Wednesday, February 13, 2013

UPDATED Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Putra Perdana 2013


Terima kasih kepada warga C7 yang menyalurkan sumbangan bagi menjayakan Sambutan Maulidurasul 1434H peringkat Taman Putra Perdana. Lebihan perbelanjaan program telah pun disalurkan kepada Rumah Kebajikan At-Taqwa, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Putra Perdana dan Tabung PIBG SKTPP2 seperti yang dipersetujui jawatankuasa penganjur.

Sekitar Majlis penyerahan sumbangan kepada PIBG SKTPP2, Rumah At-Taqwa dan
PDK TPP  bertempat di rumah At-Taqwa Jalan 6 

Banner PPC7 dan RT Zon H sempena sambutan Maulidur Rasul 2013
Muslimin dan Muslimat Putra Perdana yang hadir
Berhimpun awal pagi sebelum perarakan

Kontigen C7 sebelum perarakan

Kontigen C7 sebelum perarakan

Perarakan Kontigen C7  

Perarakan Kontigen C7  

Barisan Jawatankuasa

Selawat

Ucapan YDP PIBG SKTPP2 sebagai tuan rumah
Ucapan pengerusi Tuan Hj Khalid Pengerusi PPC7/KRT Zon H
merangkap Pengerusi Perlaksanaan Sambutan Maulidurasul 1434H

Kontigen terbaik SRA TPP




Thursday, January 24, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M


Nama Aktiviti : Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M
Penganjur : Jawatankuasa Penganjur Sambutan Maulidur Rasul Putra Perdana
Pengerusi : Hj. Khalid Ahmad (Pengerusi RT Zon H)
Tarikh : 3 Febuari 2013
Masa : 7.30-8.00 pagi
Tempat : SK Taman Pura Perdana 2
Anggaran penglibatan : 1800 - 2200 orang

Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita rakan-rakan Islam di Cluster Tujuh untuk sama-sama menyatakan rasa cinta kita pada Rasulullah dengan menyertai aktiviti ini. Kali ini, Pengerusi RT Zon H, merangkap Pengerusi PPC7 (Pengerusi kita Hj. Khalid) telah diberi penghormatan sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur.  

Jumlah penyertaan dijangka meningkat berbanding tahun lepas kerana kali ini sambutan akan diadakan dengan kerjasama pihak SKTPP2 dan PIBG SKTPP2 dan seluruh organisasi di Putra Perdana.

Cluster 7 akan menghantar satu pasukan diketuai oleh Timbalan PPC7 (Hj. Wan)  dan mengharapkan agar penyertaan dari warga C7 kali ini lebih memberangsangkan. Jika berminat, sila berkumpul di padang SKTPP 7.30-8.00 pagi pada 3/2/2013. Adalah digalakkan untuk anda supaya tidak membawa kenderaan untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan dan masalah tempat letak kereta.

Semoga kita semua akan mendapat syafaatnya nanti, insyaAllah!

Sunday, December 30, 2012

Sambutan Deepavali, Krismas dan Tahun Baru 2013.



Nama Aktiviti : Sambutan Deepavali, Krismas dan Tahun Baru 2013
Tarikh : 31.12.12
Tempat : Pos Kawalan Cluster Tujuh
Masa : 8.30 pm


Saturday, December 29, 2012

Majlis Taklimat Akta Rukun Tetangga

Majlis Taklimat Akta Rukun Tetangga
Tarikh : 30/12/12
Masa : 9.00 - 2.00 ptg
Tempat : Sirim Salak Tinggi