Monday, September 17, 2012

Sekitar Sambutan Aidil Fitri dan Hari Malaysia Peringkat Persatuan Penduduk Cluster Tujuh Taman Putra Perdana 2012



















































































Sunday, September 16, 2012

Sambutan Aidilfiri & Hari Malaysia 2012

AlhamduliLllah majlis telah berlangsung dengan jayanya walaupun makanan tidak mencukupi. Tidak kurang dari 300 orang telah memeriahkan suasana sambutan tahun ini.

Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil Dato' Marsum Hj Paing ADUN Dengkil, wakil dari Pejabat Perpaduan Daerah Sepang, pemimpin-pemimpin setempat walaupun di antara mereka pulang dengan perut kosong disebabkan kehabisan makanan.

Terima kasih kepada penduduk yang telah turut serta. Kepada mereka yang datang serta meyumbang makanan teramatlah kami hargai memandangkan jumlah sumbangan 'pot luck' tahun ini  kurang dari tahun-tahun yang lepas.

Tak lupa kepada barisan AJK yang telah bertungkus lumus membuat persiapan walaupun masing-masing  sibuk dengan urusan harian. Tabik to all of you bros, dalam masa 1 1/2 jam saja venue telah dapat disedia dan dihiaskan. Untuk pengetahuan bukan hanya setakat kudrat saja disumbang, malah ada diantara AJK yang telah bermurah hati menyumbang air, ais krim, bihun goreng dan lain-lain makanan (Cup McD pun ada). Setidak-tidaknya ianya telah meringankan kewangan persatuan/KRT.

Kepada Cik Din 7/1 yang telah meniup 30 biji belon, Bang Khairan, Midun, Cik Leman & Nuar, Cik Nasir, Cik Anthony yang telah bagi pinjam pasu bunga, pak guard dan abang guard  serta kakak-kakak yang turut sama mensusun atur makanan; budi dan jasa tuan/puan akan tetap dikenang!!!

InsyaAllah kami akan upload aksi-aksi yang menarik sepanjang majlis dalam posting yang akan datang.

Akhir kata, MAAF BEBANYAK sebab makanan tak mencukupi. Order makanan tambahan dari kedai pulak lambat sampai.

p/s: Yang penting anak-anak  kita happy.Terima kasih Bang Ali sebab telah meng'happy' kan anak-anak kita sebab dapat 'belasah' ais kerim secukup-cukupnya.


Friday, September 7, 2012

Sambutan Aidil Fitri 2012


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam sejahtera kepada semua penduduk Cluster 7 Sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Aidilfitri peringkat Cluster 7 akan diadakan pada ketetapan di bawah :

Tarikh    : 16 September 2012
Hari       : Ahad
Masa      : 8.45 hingga selesai
Tempat  : Padang Jalan 7/6
Format   : Pot luck (Persatuan akan menyediakan lemang, rendang ayam, nasi himpit, kuah  
               kacang, minuman, duit raya untuk kanak-kanak, pertunjukkan bunga api dan   
               lain-lain). Sumbangan makanan penduduk adalah digalakkan.


Semua Penduduk Cluster 7 adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan AidilFitri ini!




Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Ya Marhaban

Assalamualaikum wbh


Para muslimin/muslimat warga C7,


Sudah hampir 14 hari kita berada di bulan Ramadhan, 
  • bulan yang penuh berkah;
  • bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan;
  • bulan yang mana Allah SWT menjadikan puasa sebagai fardhu dan solat malamnya sebagai tathawwu’ ;
  • bulan yang siapa sahaja mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat, maka ia beroleh pahala sebagaimana mengerjakan fardhu di bulan yang lain
  • dan bulan barang siapa melakukan fardhu, samalah ia dengan mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan yang lain.

Justeru itu PPC7 dan KRT Zon-H sekali lagi mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim dan turut menyampaikan  sumbangan kepada mereka.


Majlis akan diadakan di Masjid Taman Putra Perdana pada 6hn Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadhan 1433H. 


Oleh itu dijemput semua  muslimin/muslimat turut sama-sama meraikan anak-anak yatim ini dengan berbuka puasa, solat jemaah dan tarawikh serta dengan moreh pada malam tersebut.


Kepada muslimin/muslimat yang ingin menyumbang tuan/puan boleh salurkan sumbangan tersebut melalui pengawal bertugas atau mana-mana AJK.

Akhir sekali bersempena bulan Ramadhan, para AJK PPC7 & KRT Zon-H mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berjuang. Semoga Allah menerima segala ibadah kita dan memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang beruntung. 

Jazakallah Khair



Kenangan 2010




Monday, May 21, 2012

Kejohanan Bowling C7

Amin, Kejohanan Bowling C7 telah berjalan dengan bersih dan lancar tanpa ada sebarang mogok, rusuhan mahupun demonstrasi... 
/wahaha

Yang terer sudah tentu bawa balik plaque dan akan mewakili C7 ke mana-mana kejohanan bowling kelak

Yang paling terer dapat lagi voucher penginapan di hotel 5 bintang di Penang. 

Manakala team yang bertuah pula dapat makan di hotel 5 bintang di PJ.

Bagi yang paling tak terer.. sekretariat kejohanan turut bermurah hati menyediakan saguhati.

Pendekata rugi tak join.. InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi di Ampang Superbowl IOI Mall, kepada yang tak berjaya boleh cuba lagi.

Sekalung tahniah kepada En. Fendi dan En. Man KZ yang telah berhempas pulas membuat persediaan dan terima kasih daun keladi buat Pn. Fipah kerana dapatkan sponsor hadiah.






Alamak! kategori veteran patut diadakan jugak


Meriah!!! Dia orang yang lebih-lebih

Best of the best



Silap ni.. A to Z rase-rasenye tempat ke-3



Tuesday, May 8, 2012

Bowling

Salam 1Malaysia...

Penyertaan kejohanan bowling C7 kali ke-2 akan ditutup pada 13hb Mei nanti. Oleh itu peserta-peserta yang telah mengambil borang disarankan untuk mengembalikan borang penyertaan bersama bayaran anda di Pos Kawalan C7 secepat mungkin bagi memudahkan sekretariat penganjur mengesahkan tempahan "lane"

2 - Bagi yang masih belum jelas mengenai bayaran penyertaan. Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan:

Kategori dewasa adalah RM23/seorang
Kategori remaja (19 tahun ke bawah) adalah RM18/seorang

3 - Setakat ini 15 lanes telah pun ditempah. Pertandingan yang dijadual berlangsung pada jam 0900pagi telah diTUNDA kepada jam 0200 petang.

Kepada yang telah mengesahkan penyertaan, kita jumpa di IOI Bowling pada 20hb Mei Jam 2 petang