Thursday, January 24, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M


Nama Aktiviti : Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M
Penganjur : Jawatankuasa Penganjur Sambutan Maulidur Rasul Putra Perdana
Pengerusi : Hj. Khalid Ahmad (Pengerusi RT Zon H)
Tarikh : 3 Febuari 2013
Masa : 7.30-8.00 pagi
Tempat : SK Taman Pura Perdana 2
Anggaran penglibatan : 1800 - 2200 orang

Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita rakan-rakan Islam di Cluster Tujuh untuk sama-sama menyatakan rasa cinta kita pada Rasulullah dengan menyertai aktiviti ini. Kali ini, Pengerusi RT Zon H, merangkap Pengerusi PPC7 (Pengerusi kita Hj. Khalid) telah diberi penghormatan sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur.  

Jumlah penyertaan dijangka meningkat berbanding tahun lepas kerana kali ini sambutan akan diadakan dengan kerjasama pihak SKTPP2 dan PIBG SKTPP2 dan seluruh organisasi di Putra Perdana.

Cluster 7 akan menghantar satu pasukan diketuai oleh Timbalan PPC7 (Hj. Wan)  dan mengharapkan agar penyertaan dari warga C7 kali ini lebih memberangsangkan. Jika berminat, sila berkumpul di padang SKTPP 7.30-8.00 pagi pada 3/2/2013. Adalah digalakkan untuk anda supaya tidak membawa kenderaan untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan dan masalah tempat letak kereta.

Semoga kita semua akan mendapat syafaatnya nanti, insyaAllah!